Jangan Buang Biji Kurma! Korang Boleh Tanam Sendiri Di Rumah

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

Jangan Buang Biji Kurma! Korang Boleh Tanam Sendiri Di Rumah

Share
tanam

Buah kurma memang sinonim dengan Ramadan dan dimakan ketika sahur atau berbuka puasa. Sebab itu, kurma dah jadi buah wajib dan orang akan tercari-cari bila ketika bulan Ramadan ini.

Cer korang imagine, setiap hari korang makan kurma, tiap-tiap hari biji kurmanya terbuang begitu je. Kalau yang jenis suka berekperimen, mungkin bijinya orang buatkan serbuk kopi.

Hah untuk pengetahuan korang, buah kurma boleh saja tanam sendiri di rumah. Walaupun ada sesetengah orang kata cuaca di Malaysia tak berapa sesuai, apa salahnya mencuba kalau ada rezeki berbuah, ye dok?

Perkongsian tanam sendiri buah kurma dari Haba Tani ini mungkin korang boleh cuba sendiri, pada masa yang sama lagi jimat dah tak payah dah nak beli buah kurma lagi untuk Ramadan akan datang.

Kalau ada hasil, korang pun boleh jual balik. Banyak manfaatnya itu, Jadi jom tengok cara-caranya di bawah.

biji kurma

1. Bersihkan biji kurma. Cuci dengan air bersih sampai hilang sisa-sisa isi kurma. Kemudian jemur sebentar sampai kering.

2. Kemudian ambil air bersih. Rendam biji kurma tersebut selama 4-6 hari. Make sure setiap hari ganti airnya.

3. Selepas 6 hari biji kurma siap di semai, siapkan 1 labu bawang merah, tumbuk / blend, kemudian rendam seluruh biji kurma tadi dengan air yang dicampur bawang selama 1 jam.

4. Kemudian letakkan tisu yang sudah dibasahkan dalam bekas dan susun kesemua biji kurma.

biji kurma

5. Tutup bekas tadi dan jangan biarkan biji kurma tersebut terkena cahaya matahari. Biar je selama satu minggu dan korang akan nampak hasil biji kurma mula bercambah.

biji kurma

6. Siapkan medium tanam, polibel dengan komposisi 1. Sekam, 2. Kompos, 3. Tanah, campurkan semua dan masukan ke polibel.

biji kurma

7. Masukkan tunas kurma tersebut kedalam polibel dengan posisi hujung tunas yang sudah masuk dalam tanah. Simpan polibel di tempat teduh.

Kalau korang ikut cara-cara Haba Tani ini, InsyaAllah akan nampak hasilnya. So, tunggu apa lagi, korang boleh dah simpan biji kurma untuk ditanam.

Selamat mencuba!

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!