'Craving' Daging Harimau Menangis? Ikut Resepi Perapan Yang Mudah & Sedap Ini );

Type to search

Bae & Beauty Makan Trend

‘Craving’ Daging Harimau Menangis? Ikut Resepi Perapan Yang Mudah & Sedap Ini

Farhana Syahirah
Share

Bila dekat luar, tak tahu nak makan apa. Bila dirumah pula, tak tahu nak masak apa.

Itulah dilema yang sering melanda kaum wanita bila bangun pagi, nak masak apa hari ini untuk keluarga?

Sekali sekala bolehlah nak order online, tapi kalau dah setiap hari nak makan masakan luar, ‘haus’ poket mak ni haa wahai anak!

Oleh itu, ramai yang mula kongsikan resipi simple dan ringkas yang boleh memudahkan kerja perempuan di dapur selain order online.

Opps! Antara banyak-banyak resipi, ada satu yang telah menarik perhatian ramai memandang ia merupakan salah satu menu hangat di sosial media kerana ia dijual oleh ibu kepada salah seorang selebriti cantik di Malaysia.

https://twitter.com/FitrahIsMyName/status/1341644794846593026?s=20

Menu yang dikatakan semestinya ialah daging harimau menangis. Ya, menangis kita makan!

Kalau nak rasa air tangan orang lain bolehlah beli online, tapi kalau satu keluarga ada 10 orang ahli keluarga berapa banyak pula nak beli?

Jadi, penyelesaiannya ialah kita masak sendiri baru puas hati semua dapat jamah bersama.

Jom tengok bahan-bahan di bawah yang korang boleh buat sendiri di rumah tanpa mengeluarkan modal yang mahal.

Terliur tak?

 

Buat sendiri di rumah untuk sekeluarga~

 

BAHAN PERAPAN DAGING

** Perap selama 1 jam

Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap
**cucuk2 daging dgn garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dalam daging

  • Gula
  • Sos ikan (nampla)
  • Sos tiram
  • Minyak masak
  • Lada hitam

BAHAN – BAHAN SOS CICAH

  • Sos ikan (nampla)
  • Air asam jawa
  • Jus limau nipis
  • Thai Palm sugar (namtan peep)
  • Serbuk cili thai
  • Bawang merah
  • Beras sangai
    **Goreng tanpa minyak & tumbuk halus
  • Daun ketumbar (hiasan)

 

Walla! sudah siap dan nikmati bersama orang yang tersayang! Selamat mencuba!

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!