Crocs Tampilkan Rekaan 'Stilettos' Bersama Jenama Mewah Balenciaga );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Crocs Tampilkan Rekaan ‘Stilettos’ Bersama Jenama Mewah Balenciaga

Share
crocs

Jika sebelum ini Crocs sering dipandang sebagai jenama untuk golongan marhaen dan kasutnya biasanya digunakan untuk aktiviti santai.

Namun seiring dengan waktu, Crocs semakin popular apatah lagi ketika musim pandemik ramai yang mula mencari kasut yang selesa untuk dipakai.

Apatah lagi, jenama itu banyak berkolaborasi dengan artis popular seperti Justin Bieber, Bad Bunny dan Post Malone dalam menghasilkan rekaan eksklusif yang membuatkan ramai mula membuka mata terhadap Crocs.

Terbaharu, Crocs bekerjasama dengan Balenciaga dengan mengeluarkan kasut tinggi atau stiletto dengan menempatkan logo jenama mewah itu di bahagian sisi kasut tersebut.

Artikel berkaitan: Pereka Fesyen Singapura Ini Kreatif ‘Custom-Made’ Kasut Guna Mekdi BTS Meal

Selain itu, jenama itu serta Balenciaga juga tampil dengan rekaan high-knee boot yang didatangkan dalam pelbagai warna termasuk hitam dan hijau.

Kerjasama ini sekali lagi menarik perhatian penggemar fesyen ketika pertunjukan fesyen Balenciaga 2022 yang mengangkat tema Balenciaga Clones baru-baru ini.

Pengarah kreatif Balenciaga, Demma Gvasalia memberitahu kolaborasi itu diinspirasikan daripada kasut getah jenama itu yang diinterpretasikan dengan gaya mewah jenama itu.

Demma memberitahu pihaknya sudah melakukan pelbagai kajian sebelum tampil dengan rekaan itu dan memberitahu ia sangat selesa.

“Gabungan Balenciaga dan Crocs bukan sesuatu yang mustahil dan apa ditampilkan mempunyai nilai tersendiri dan subjektif,” katanya kepada majalah Vogue edisi Perancis.

Kasut itu yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi dilaporkan akan dijual pada harga sekitar AS$850 (RM3,400) sepasang.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!