dUCK Group, VPM Kumpul Dana Kecemasan RM1 Juta Bantu Palestin

Type to search

Bae & Beauty Trend

dUCK Group, VPM Kumpul Dana Kecemasan RM1 Juta Bantu Palestin

Share
duck

dUCK Group dan Pertubuhan Viva Palestina Malaysia (VPM)  berjaya mengumpul dana kecemasan RM1 juta dalam tempoh dua hari sahaja bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan sekitar masjid Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan hari ini dUCk berkata dana kecemasan yang dibangunkan menerusi Kitafund itu akan digunakan bagi membekalkan bantuan perubatan dan lain-lain keperluan kritikal bagi mereka yang terkesan di Palestin.

Menurutnya kumpulan itu yang pada mulanya meletakkan sasaran untuk mencapai jumlah berkenaan hujung bulan ini; akan meneruskan usaha menambah dana bagi menyediakan bantuan tambahan, dengan semua hasil kutipan diserahkan kepada rakyat Palestin.

Pengasas bersama dUCk Group, Vivy Yusof berkata jumlah yang dikumpulkan dalam masa hanya dua hari itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan, kerana ia menunjukkan bahawa ramai yang prihatin, dengan derma terus mencurah tiba bukan sahaja dari rakyat Malaysia, tapi juga dari seluruh dunia.

VPM yang sebelum ini dikenali sebagai COMPLETE, merupakan gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang berusaha menyediakan kumpulan sokongan dan advokasi untuk rakyat Palestin dalam mengumpulkan dana bagi membiayai pelbagai projek perubatan, pendidikan, pembiayaan mikro, perumahan, dan pertanian di Palestin.

Kitafund pula adalah platform pendanaan bagi keperluan perubatan, kemanusiaan dan kecemasan.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang bagi tujuan itu boleh melawat laman https://kita.fund/fund4palestine.

“Sebagai satu jenama, kumpulan dUCk juga akan melancarkan kutipan istimewa “The Palestine dUCk” pada bulan Jun, dengan 100 peratus hasil kutipan akan disumbangkan kepada VPM.

“Menerusi kutipan itu, pelanggan dapat memperoleh satu produk dUCK, dan pada masa yang sama memberi sumbangan bagi tujuan murni,” katanya. – Bernama

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!