Beauty With Brain, Gadis Disangka Mix Ini Raih Keputusan SPM 9A );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Beauty With Brain, Gadis Disangka Mix Ini Raih Keputusan SPM 9A

Share
gadis

Baru-baru ini tular di buletin TV3 apabila video memaparkan seorang gadis yang gagal menahan sebak tatkala menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis lalu meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Selain ucapan tahniah daripada netizen, ramai yang turut meninggalkan komen memuji paras rupanya sehingga dia digelar ‘beauty with brain’ berikutan keputusan cemerlang itu.

Menurut gadis Punjabi dikenali sebagai Sarah Hannah itu, dia bagaikan hilang kata-kata apabila menerima reaksi luar biasa netizen susulan perkongsian video olehnya tempoh hari.

“Saya rakam video itu untuk tunjuk kepada famili, saya nak hantar kepada abang saya dan dia pula kongsi video itu di Twitter, saya pula post di TikTok.

“Rasa bersyukur, macam tak percaya bila ramai sangat yang wish kepada saya. Saya sangat terharu dan terima semua komen dengan hati terbuka.

Gadis

@_sarahhannah

behind the happy pictures i posted, there’s this. This made everything worth it. Alhamdullilah 🤍 ##spm2020 ##spmpromax ##spmresults2020 ##spm

♬ As the World Caves In - Sarah Cothran

“Terlalu ramai yang beri sokongan. Saya pun sukar percaya dengan keputusan SPM itu. Rasa nak menangis, gembira, semua ada,” ujar anak bongsu daripada dua beradik yang menetap di Kajang, Selangor itu.

Mesra disapa Sarah, dia paling gembira apabila berjaya memperolehi gred A dalam subjek Matematik Tambahan.

“Add Math tak pernah lulus sepanjang sekolah. Tiba-tiba dapat A. Dulu memang tak boleh score.

“Kalau Add Math, saya buat latihan banyak-banyak. Sebelum SPM, saya buat kertas percubaan Add Math dari setiap negeri, bukan sekali tapi saya buat beberapa kali,” jelasnya lagi.

Menurut Sarah, dia juga merancang untuk membuka saluran YouTube dan berkongsi petua belajar tidak lama lagi.

Baca Juga: Gadis Cantik Jadi Rider, 2 Tahun Hati Kental Cari Rezeki

Gadis

“Saya biasanya selepas pukul 12 malam, memang dah tak ‘masuk’ kalau nak belajar. Saya suka belajar selepas Subuh sampai ke tengah hari.

“Sebenarnya saya ingat nak buat YouTube untuk kongsi tips belajar. Saya rasa ada banyak tips, saya juga ada cara tersendiri dan berbeza daripada orang lain.

“Tapi ini masih dalam rancangan,” ujarnya yang meminati subjek Biologi.

Dalam pada itu, dia juga mengakui ada menerima komen netizen yang tertanya-tanya mengenai asal-usul serta darah keturunannya.

Jelas Sarah lagi, dia tidak mempunyai sebarang darah kacukan dan berbangga menjadi anak jati negara Malaysia.

“Saya tiada mix. Saya memang pure Malaysian. Dilahirkan di sini. Mak ayah saya berkerurunan Punjabi.

“Memang ada jumpa komen-komen yang kata saya mix,” ujarnya berseloroh.

Dedah Sarah, dia juga memasang impian untuk menyambung pengajian ke luar negara, suatu hari nanti. Semoga dipermudahkan segala cita-cita awak Sarah.

[Kredit: MStar]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!