Ingat Muallaf, Rupa-rupanya Gadis Ini 'Mix' Melayu-Korea, Sampai Ada yang Nak Tengok IC );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Ingat Muallaf, Rupa-rupanya Gadis Ini ‘Mix’ Melayu-Korea, Sampai Ada yang Nak Tengok IC

Share
gadis mix

Jika dilihat dengan rupa parasnya yang berkulit cerah dan matanya sepet, ramai yang menyangka gadis ini orang Korea muallaf ataupun saudara baru.

Ada juga yang menyangka dia mempunyai darah kacukan Cina. Itulah stigma yang sering gadis ini terima tatkala pertama kali berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

BACA: Beauty With Brain, Gadis Disangka Mix Ini Raih Keputusan SPM Cemerlang

Realitinya, dia sebenarnya mempunyai darah kacukan Korea pada sebelah bapanya. Gadis ini yang dikenali sebagao Han Hannah Jae Sung berkata, bapanya berasal dari Korea Selatan sebelum berhijrah ke Malaysia selepas berkenalan dan berkahwin dengan ibunya pada tahun 1994.

@hannahjaesunghan

Reply to @jaemnoya Enjoy everyone! Sorry for the late update 🥺❤️

♬ оригинальный звук - 𝐉𝐕⁷

“Ayah saya berasal dari Incheon. Ayah dan ibu bertemu kerana ayah mempunyai urusan berkaitan perniagaannya di Malaysia dan dia juga perlu belajar bahasa Melayu.

“Kebetulan ibu saya merupakan seorang guru tuisyen bahasa Melayu jadi ayah saya nak belajar dengan ibu. Ibu pada mulanya menolak, tapi ayah tak putus asa sampai ibu rimas. Dia tolak sebab tak selesa dan takut juga kot sebab ‘foreigner’.

BACA: Viral Gadis Cabtik Jadi Rider, 2 Tahun Hati Kental Cari Rezeki 

“Kalau bab makanan, memang dekat rumah ni ibu akan masak masakan Korea sebab ayah tak boleh ‘masuk’ makanan Melayu. Kadang-kadang campur lauk Melayu dan Korea. Kalau masakan Korea, memang wajib ada sup.

“Ibu memang pandai masak masakan Korea sebab ayah yang ajar. Kimchi, Bibimbap, Gimbap tu memang biasa makan. Orang lain pergi restoran Korea, kami makan dekat rumah je,” ujarnya berseloroh.

@hannahjaesunghan

Reply to @zzziieeyyyy let’s finish part 2! Tengok video sampai habis oki 😉 follow me for more 😘

♬ original sound - Hannah 한빈

Hannah turut berkongsi insiden lucu yang pernah dialaminya gara-gara mempunyai nama ala-ala Korea.

“Pernah masa buat tugasan berkumpulan (group assignment), ada kawan hairan tengok nama saya dan mereka fikir saya saja-saja letak nama atau peminat K-pop. Bila beritahu, mereka mulanya tak percaya sampai nak tengok kad pengenalan.

“Ada juga orang yang confident bercakap bahasa Cina dengan saya sebab ingat saya berketurunan Cina.

“Kalau order makanan online, rider yang call nak hantar makanan mesti sempat berjenaka sebab ingat saya saja-saja letak nama,” ceritanya yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sumber Manusia di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam, Selangor.

Tidak menyangka perkongsiannya menarik perhatian ramai, Hannah berkata dia memuat naik video berkenaan sekadar suka-suka selepas mendapat pertanyaan daripada kenalan di aplikasi tersebut.

“Tak sangka ramai teruja nak nak tahu lebih lanjut lagi kisah ibu dan ayah, dan adik beradik saya. InsyaAllah saya akan cuba muat naik video lain pula nanti,” katanya lagi.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!