Go Shop Buat Tawaran Diskaun Sehingga 60% Sempena MCO 3.0 );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Go Shop Buat Tawaran Diskaun Sehingga 60% Sempena MCO 3.0

Share
go shop

Go Shop buat comeback dengan Mid-Year Sale untuk korang yang stay at home! Susulan sekatan pergerakan penuh fasa 3 (MC0 3.0) seluruh Malaysia, plaform e-shopping ini telah membuat tawaran diskaun sehingga 60%.

Tawaran diskaun ini sudah pun berlangsung semalam sehingga 30 Jun 2021 ini. Korang boleh terus online shopping terus menerusi laman web dan aplikasi mudah alih Go Shop dari rumah sahaja. Semua di hujung jari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, “Dalam era norma baharu ini, membeli-belah dalam talian di rumah kini sudah menjadi keperluan dan pelanggan sentiasa mencari tawaran pilihan produk dengan nilai tambah yang berbaloi.

“Go Shop menawarkan barangan berkualiti dan boleh dipercayai daripada makanan kesihatan dan bahan makanan hingga peralatan memasak, perkakas rumah, peralatan kecergasan dan barangan elektronik digital.

“Kami akan terus berkhidmat kepada para pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa sentuhan dalam usaha membantu melandaikan lekuk pandemik,” katanya.

go shop
go shop

Tambah Christine lagi, Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan hingga 60%, produk di bawah RM30 dan korang juga boleh menggunakan kod ‘MID25’ untuk menikmati potongan hingga RM40* untuk rangkaian produk yang ditampilkan di program televisyen Go Shop.

Untuk info lanjut, korang boleh saksikan saluran Go Shop setiap hari di Astro – Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin.

Program televisyen Go Shop juga boleh distrim menerusi laman web dan aplikasi mudah alih. Berbelanja di Go Shop melalui www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

go shop
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!