Ramai Tak Tahu Kisah Sebenar Di Sebalik Youtuber Popular China Ini );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Ramai Tak Tahu Kisah Sebenar Di Sebalik Youtuber Popular China Ini

Share
youtuber

Bagi anda yang pernah menonton video dengan latar suasana kampung, bunyi kicauan burung sambil melayan gadis memasak masakan tradisional China, tentunya tenang ketika melihatnya.

Itulah antara keunikan yang dipaparkan gadis desa. Li Jiajia atau lebih dikenali sebagai Li Ziqi yang merupakan seorang Youtuber dari China dan pemegang Rekod Dunia Guinness untuk kategori saluran bahasa Cina paling banyak subscribers di YouTube iaitu sebanyak 15.6 juta.

Memang hebat apabila video-video dari Youtuber Liziqi ini yang telah ditontoni keseluruhan 2.3 bilion tontonan.

Tambah asyik apabila melihat kelincahan aksi seorang gadis jelita di desa tersebut yang mahir berkebun, memasak dan bertukang seperti membuat perabot daripada buluh serta produk kecantikan.

Sesekali dirinya kelihatan ayu bak puteri Cina zaman silam, dalam video yang lain pula dirinya seperti seorang pendekar desa yang gagah mengendalikan parang memotong buluh di rimba atau memanjat pokok dengan penuh ketangkasan.

Sisi Gelap Li Ziqi Sebelum Menjadi Popular

liziqi

Sebelum Ziqi memulakan karier sebagai Youtuber, dia merantau di bandar besar di China untuk bekerja. Namun, dia terpaksa pulang ke kampung apabila mendapat berita neneknya sakit.

Ziqi mempunyai kenangan masa kecil yang sangat sukar. Selepas orang tuanya bercerai, Ziqi tinggal bersama bapa dan ketika usianya enam tahun, dia bergelar anak yatim ekoran bapanya meninggal dunia.

Apabila neneknya mendapat tahu ibu tiri sering mendera Ziqi, neneknya membawa pulang cucunya itu ke kampung.

Di kampung, Ziqi belajar membuat kraf dan sajian asli Cina daripada datuknya.

Ketika dia berusia 11 tahun, datuknya meninggal dunia dan Ziqi berhenti sekolah untuk mencari pekerjaan di kota.

Hidup di bandar seorang diri dengan pendapatan cuma AS$47 (RM196) hasil bekerja sebagai pelayan kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah.

Pada tahun 2012, neneknya yang sudah tua menderita banyak penyakit, maka Ziqi mengambil keputusan untuk pulang ke desa selain mengusahakan perniagaan menjual pakaian secara online bagi menyara kehidupan.

Artikel Berkaitan: Bengang & Demi ‘Konten’ Youtube, Lelaki Ini Bakar Mercedes-AMG GT 63 Berharga RM1.8 Juta

Cekalkan Hati Dengan Membuat Video Content

Ziqi mula menyiarkan video pendek mengenai kehidupannya di desa pada tahun 2015 di platform perkongsian video Meipai. Pada musim bunga tahun 2016, Li memuat naik video membuat wain anggur dan menjadi tular.

Pada tahun 2017, dia mula menjadi YouTuber dengan menyiarkan video Membuat Gaun Daripada Kulit Anggur sehingga menerima jumlah tontonan sebanyak 20 juta.

Gaya hidupnya di desa yang menenangkan telah memikat hati berjuta-berjuta peminat bukan sahaja di China tetapi juga di luar negara.

Popularitinya yang berkembang ke luar negara turut mengundang beberapa kritikan yang mengatakan gambaran diberikan tidak realistik dengan kehidupan luar bandar China.

Video-videonya Memberi Inspirasi Kepada Satu Dunia

Video-videonya memberi inspirasi kepada ramai orang bahkan sebahagian besar pengikutnya adalah dalam kalangan masyarakat bandar.

Li Ziqi turut bergelar usahawan dan mempunyai produk makanan serta pakaian jenama sendiri.

Kerana populariti sebagai selebriti internet dengan jutaan pengikut di peringkat antarabangsa dan kejayaan cemerlangnya dalam bisnes, ada laporan mengatakan Li Ziqi meraih pendapatan lebih AS$24 juta (RM99 juta) setahun. Bagaimanapun gadis itu menafikan laporan tersebut.

Di Mianyang iaitu kampung halamannya, selebriti internet itu tinggal bersama neneknya.

“Masyarakat sekarang ramai yang hidup tertekan, mereka menghadapi banyak tekanan dalam hidup dan di tempat kerja. Saya mahu mereka berasa relaks dan menikmati pengalaman menarik agar keluar daripada kemurungan dan stres,” katanya.

[Sumber: South China Morning Post]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!