Wanita Ini Kongsi Perit Disisih Kerana Masalah Kulit Dalam Komik, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Wanita Ini Kongsi Perit Disisih Kerana Masalah Kulit Dalam Bentuk Komik, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

Share
kulit

Sejak kecil, Iris sering menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah dengan mengatakan dirinya kelihatan seperi seekor ular disebabkan kulit kakinya yang bersisik.

Bertahun-tahun ibu bapanya berusaha untuk merawat masalah kulitnya itu termasuklah penggunaan steroid, selain mencuba kaedah tradisional namun ikhtiar itu sia-sia.

BACA JUGA: Gadis Ini Kreatif Ilustrasikan Juadah Buka Puasa Dalam Fesyen Baju Raya

“Saya tidak boleh tidur malam, seluruh badan berasa gatal, kulit mengelupas hingga mengeluarkan nanah. Ia memang menyakitkan sehingga ia mengganggu kesihatan mental saya.

“Saya juga menjadi seorang yang kurang keyakinan diri selain terpaksa berhadapan dengan ejekan dan pandangan pelik daripada orang sekeliling,” katanya.

Kisah Iris dilampirkan dalam bentuk komik dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dermatitis atopik.

Hampir sepanjang hidupnya dia sentiasa berasa tertekan dengan keadaan dirinya itu selain terpaksa berhadapan dengan pandangan orang sekeliling tentang keadaannya.

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini memberitahu dia hanya dapat membuat diagnosis tentang masalah kulit dihadapinya ketika berpindah ke Kuala Lumpur disebabkan masalah itu semakin teruk.

“Doktor mengesahkan saya mengalami masalah kulit dikenali sebagai dermatitis atopik dan usaha memulihkan keadaan saya adalah mimpi ngeri.

“Saya sampai mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengambil masa untuk memulihkan diri serta belajar menguruskan dermatitis apotik dan ia bukan kerja mudah,” katanya.

Meskipun hampir berputus asa, namun rawatan biologik yang diterimanya mula menampakkan hasil dan kini dia sudah mampu berhadapan dengan masyarakat dengan yakin selain melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Erica artis komik yang turut mengalami masalah kulit.

Siri komik papar kisah pesakit dermatitis atopik

Siri komik web ini memaparkan kisah, dugaan, kesengsaraan dan kejayaan tiga pesakit dermatitis atopik iaitu Shomendra, Elaine, dan Iris tentang perjalanan peribadi mereka menangani cabaran fizikal, emosi dan sosial dalam menguruskan masalah itu.

Erica Eng menjelaskan menghasilkan komik itu sangat dekat di hatinya memandangkan dia sendiri pernah mengalami dermatitis atopik.

“Saya tahu bagaimana rasanya – ketidakselesaan, kegatalan, tidak boleh tidur, semua kesukarannya. Pada mulanya, saya tidak tahu langsung mengenainya, dan alangkah leganya apabila didiagnos, jadi saya tahu apa yang perlu dilakukan.

“Pengalaman saya itu membolehkan saya berasa empati dengan pesakit yang kisahnya dipaparkan dalam komik web, dan saya berbesar hati dapat membantu menyebarkan kesedaran mengenai dermatitis atopik di samping berkongsi suara hati pesakit menjalani kehidupan bersama penyakit ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka,” ujarnya.

Erica berharap orang ramai yang membaca komik itu akan lebih memahami perasaan pesakit dan cabaran yang dihadapi.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!