Kreatif! Lelaki Ini Isi Masa Lapang Buat Rekaan Busana Klasik Patung Barbie );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Kreatif! Lelaki Ini Isi Masa Lapang Buat Rekaan Busana Klasik Patung Barbie

Share
barbie

PKPD yang sedang berjalan ketika ini membuatkan ramai daripada kita mencari pelbagai idea untuk mengurangkan rasa bosan duduk di rumah.

Walaupun keadaan ketika ini sukar namun ramai yang cuba mencari jalan ‘keluar’ bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi memanfaatkan waktu dengan aktiviti berfaedah.

Lain pula bagi lelaki ini, sebagai pereka fesyen, Abdul Muhaimin Abdul Hadi, sejak awal Jun lalu, dia menggunakan kemahirannya menghasilkan pakaian untuk patung Barbie sebagai mengisi masa lapang dan mengasah kemahiran menjahitnya di rumah.

Rekaan busana tradisional menjadi perhatian warganet kerana ia cukup dekat dengan masyarakat. Mari lihat senarai rekaan saiz Barbie yang dihasilkan oleh Abdul Muhaimin ini.

batik flora
Batik Flora / ©abdaimin / Instagram
kebaya
Kebaya / ©abdaimin / Instagram
vaccine outfit
Vaccine Inspired Look / ©abdaimin / Instagram

Artikel berkaitan: Gadis Ini Kreatif Ilustrasikan Juadah Buka Puasa Dalam Fesyen Baju Raya

Baju Kurung Pesak / ©abdaimin / Instagram

Di sebalik keghairahannya menghasilkan pakaian patung Barbie, Abdul Muhaimin sebenarnya cukup aktif menghasilkan beg menggunakan fabrik.

Lebihan kain daripada pembuatan beg itu juga digunakan untuk menghasilkan baju untuk Barbie sebagai salah satu cara mengurangkan pembaziran fabrik.

Menjelaskan proses pembuatan pakaian Barbie, Abdul Muhaimin memberitahu ia hampir serupa dengan baju biasa tetapi ia dalam saiz lebih kecil.

Sebelum menghasilkan sesuatu rekaan, dia akan memilih fabrik yang sesuai dari segi warna, corak dan ketebalan sesuatu kain itu.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!