5 Jenis Perempuan yang Sangat Digemari Oleh Lelaki Pemalu );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Trend

5 Jenis Perempuan yang Sangat Digemari Oleh Lelaki Pemalu

Share

Lelaki pemalu sering dilabel sebagai limited edtion dan sangat susah untuk dijumpai. Seperti diam-diam ubi berisi, lelaki pemalu memang sangat digemari oleh kebanyakan wanita kerana sifatnya yang setia, pendengar yang baik dan tahap kesabaran diri yag tinggi.

Selain itu, lelaki jenis ini juga perwatakannya sangat jujur dan ikhlas.

Kalau betul korang nampak cantik di matanya, mesti dia banyak kali berlatih depan cermin untuk kata perkataan itu di hadapan korang.

Jadi, bagaimana hendak mengetahui lelaki pemalu menyukai wanita jenis apa? Apa ciri-ciri untuk memikat hatinya? Jom scroll di bawah

5. Perempuan berani dan gaya hidup yang aktif

Berlawanan dengan mereka yang jenis pemalu, mereka sangat menyukai wanita jenis berani dan suka mencuba perkara baru.

Lelaki jenis ini sangat tertarik kerana waita berani juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Selain itu, wanita berani juga mempunyai gaya hidup yang aktif dengan pelbagai aktiviti dan jika mereka sudah menyukainya, apa sahaja aktiviti yang korang buat mesti dia akan ikut juga sebagai satu terapi.

 

4. Boleh menjadi seorang pendengar yang baik

Disebabkan si dia seorang yang pemalu, jadi dia tiada sesiapa untuk meluahkan apa yang terpendam di hati. Jadi, tunggu apa lagi, kalau korang dah berkenan, just komunikasi saja dengan si dia.

Kalau si dia dah mula selesa dan serasi dengan korang, itu tandanya korang memang seorang pendengar yang baik buat si dia yang pemalu itu.

 

3. Boleh terima cara mereka seadanya

Semestinya lelaki jenis pemalu ini seorang introvert, jadi gaya hidupnya sangat simple. Mereka hanya mahukan kehidupan yang stabil, tenang dan juga damai.

Kadang, si dia juga suka menyibukkan dirinya dengan kerja. Kalau korang jenis boleh menerima gaya hidup si dia dengan seadanya, kemungkinan boleh memikat hatinya secara tak sedar.

 

2. Jenis yang pandai menjaga privasi sendiri

Tiktok? Influencer di media sosial? Kemungkinan besar a big NO bagi lelaki jenis pemalu.

Bukanlah tidak boleh berkongsi langung privasi korang, tapi kalau dah sampai 20 gambar selfie di media sosial, jadi lelaki jenis pemalu kurang sikit gemar.

Bagi mereka, privasi adalah segala-galanya kerana ruang itu dianggap sebagai eksklusif dan limited edition juga.

Kalau korang sangat pandai menjaga privasi korang, mungkin bakal mak mentua pun boleh terpikat juga dengan korang.

 

1. Sentiasa pertahankan si dia tak kira apa jua yang dihadapi

Untuk pikat hati lelaki pemalu, korang kena bijak untuk sentiasa pertahankannya. Kebiasaannya, lelaki pemalu ini sering dibuli atau tiada keyakinan diri untuk nyatakan pendapatnya secara terbuka.

Bukan kerana si dia lembik, mungkin dia tidak mempunyai kemahiran bercakap seperti yang lain. Tetapi, kemahiran dia observe sekeliling dan orang sangat tinggi dan mungkin boleh kalahkan Sherlock Holmes tau.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!