Lelaki Baca Buku Genre Seram, Biografi Lebih 'Seksi' Di Mata Perempuan );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Lelaki Baca Buku Genre Seram, Biografi Lebih ‘Seksi’ Di Mata Perempuan

Share
baca buku

‘Reading is sexy’ Ungkapan itu mungkin sudah biasa didengar apatah lagi karakter Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta yang kacak, tenang dan gemar membaca membuatkan penonton tidak keruan.

Kegemaran Rangga membaca buku berjudul Aku karya Sjuman Djaya juga menunjukkan karakter Rangga yang mencintai puisi sekali gus memperlihatkan sisi dirinya yang bijak.

Berapa ramai selepas filem itu yang berangan-angan ingin menjadi seperti Rangga dan tiba-tiba menyukai buku sajak dan puisi?

Sebenarnya wanita merasakan lelaki yang gemar membaca buku nampak lebih menarik dan mereka mudah tertarik dengannya.

Tapi bukan sembarangan buku, sebaliknya ada beberapa jenis buku yang menarik perhatian wanita terhadap lelaki.

Baca lagi: Wow Seksinya! 7 Bahagian Badan Lelaki Yang Buat Perempuan Cair, Klik Sini

seksi

Kajian yang dilakukan aplikasi Elite Singles mendapati 60 peratus daripada 17,000 koresponden wanita memberitahu mereka lebih tertarik dengan lelaki yang gemar membaca.

Pakar psikologi, Salama Marine pula memberitahu hobi membaca dipandang sebagai seseorang individu itu seimbang dan berdikari.

Tidak hanya membaca, genre dan judul buku tertentu juga boleh membuatkan nilai seorang lelaki lebih bernilai di mata wanita.

Dalam kajian sama, wanita lebih tertarik dengan lelaki yang gemar membaca buku genre seram diikuti bukan fiksyen dan biografi.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!