Lebih 59,000 Netizen Mahu Neelofa Dipenjara Sebab Selalu Langgar SOP );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Lebih 59,000 Netizen Mahu Neelofa Dipenjara Sebab Selalu Langgar SOP

Share

Lebih 59,000 orang rakyat Malaysia menyuarakan tanda setuju agar Neelofa dipenjarakan selepas terpalit beberapa kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Persetujuan itu dilakukan orang ramai menerusi petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ yang diwujudkan sejak dua hari lalu.

Berdasarkan tinjauan di laman sesawang change.org, petisyen berkenaan berjaya memperoleh sebanyak 59,290 tandatangan setakat pukul 1.30 petang tadi.

Pada masa sama, petisyen itu menyasarkan mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Neelofa.

Paparan petisyen yang mahukan Neelofa Dipenjara

petisyen

Menurut Faryshah Zahirah, dia meminta maaf kepada Neelofa atas tindakan menandatangani petisyen itu.

“Saya minta maaf Neelofa, ini adalah cara untuk kami menghentikan (tindakan) kamu, kami sudah penat,” tulisnya.

Berkongsi rasa sama, Zainu Mat Isa berkata, tindakan pilih kasih daripada pihak berkuasa menyebabkan rakyat berasa meluat serta kecewa.

“Orang miskin diambil tindakan, selebriti bebas mempermainkan undang-undang,” luahnya.

Antara kesalahan Neelofa disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya di ibu negara; rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu melanggar SOP Aidilfitri.

neelofa pu riz
Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban semalam.

Tambahnya lagi, Neelofa juga telah disiasat kerana dikritik tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret di Kompleks Mahkamah Seremban semalam.

“Laporan polis diterima kerana tindakan (Noor Neelofa) tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan pihak KKM kepada semua orang.

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, penjelasan berkenaan SOP tersebut juga telah dikeluarkan oleh KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos 2020.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” katanya.

Jelas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!