Nonuplets - Wanita Mali Lahirkan Bayi Kembar 9 Di Morocco );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Nonuplets – Kelahiran Bayi Kembar 9 Oleh Seorang Wanita Mali Di Morocco

Share
kembar

Kelahiran bayi kembar sembilan sangat jarang berlaku, tetapi rezeki buat seorang wanita Mali yang diterbangkan dari utara negara Afrika Barat ke Morocco untuk melahirkan kembar nonuplets.

Pada mulanya, imbasan ultrasound hanya menunjukkan kandungan Halima Cisse, 25, mempunyai tujuh bayi (septuplets) di dalam rahimnya.

Kes septuplets pun kita tak biasa dengar, apatah lagi nonuplets – kembar sembilan.

kembar

Menurut kementerian kesihatan Mali, wanita tersebut telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki melalui kaedah pembedahan Caesarean.

Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi, Rachid Koudhari mengatakan bahawa ini adalah pertama kalinya negara itu menyaksikan senario yang jarang berlaku, dan pengesanan nonuplets di rahim wanita itu mengejutkan negara Afrika Barat.

Pakar perubatan, bulan lalu, telah menyatakan bahawa Cisse memerlukan penjagaan khas dan ketika itulah pegawai kerajaan memutuskan untuk membawa ibu itu ke luar negara untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih baik.

Menteri kesihatan Mali, Fanta Siby, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa semua anak dan ibu berada dalam keadaan sihat, dan selamat. 

“Ibu dan kesembilan bayinya akan pulang dalam beberapa minggu lagi,” katanya.

Sementara menunggu waktu untuk pulang, pakar perubatan akan menjalani pengawasan terhadap Cisse dan peluang kepada semua bayi kembarnya itu bertahan. 

kembar
Sumber: Reuters
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!