Pemergian Siti Sarah, Rakan Selebriti Berkongsi Kebaikan Sepanjang Allahyarhammah Hidup );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pemergian Siti Sarah, Rakan Selebriti Berkongsi Kebaikan Sepanjang Allahyarhammah Hidup

Share
siti sarah

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita sedih, apabila penyanyi tanah air, Siti Sarah Raisudin, 37, telah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5.13 pagi.

Berita itu dikongsikan oleh Shuib Sepahtu melalui Instagram yang memohon para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat isterinya.

Sebelum ini, Siti Sarah telah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigennya menurun dan dia kemudian ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Namun syukurlah, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Nadir Al Nuri & Ebit Lew dedah kebaikan Siti Sarah

Pemergian penyanyi bersuara lunak ini amat dirasai bukan saja oleh peminatnya namun rakan seperjuangannya yang menyifatkan Sarah sebagai seorang yang sangat baik dan prihatin dengan orang-orang di sekelilingnya.

Tidak cukup dengan itu, Nadir Al Nuri menerusi perkongsian di Instagram menceritakan tentang keinginan Sarah ingin mengikuti program korban di Gaza dan sanggup membayar berbelas ribu ringgit untuk mengorbankan seekor lembu di sana.

ebl

Selain itu, Ustaz Ebit Lew menerusi instastory juga sempat berkongsi pengalamannya berhubung dengan Sarah yang menyatakan niat untuk membayar beberapa rumah orang miskin dan anak yatim yang diuruskan pendakwah tersebut.

Rakan artis sedih dengan pemergian Siti Sarah

Selain golongan agamawan, rakan artis juga sempat berkongsi momen mereka bersama Siti Sarah yang digambarkan sangat baik hati.

Antara yang memuat naik posting mengenai pemergian artis kesayangan ramai ini termasuklah Uqasha Senrose, Sherry Al Hadad, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Marilah kita semua sedekah Al Fatihah buat Allahyarhammah dan sama-sama mendoakan semoga Shuib tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah dan takziah dari Verst.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!