Pereka Fesyen Singapura Ini Kreatif 'Custom-made' Kasut Guna Mekdi BTS Meal );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Pereka Fesyen Singapura Ini Kreatif ‘Custom-made’ Kasut Guna Mekdi BTS Meal

Share
bts meal

Hidangan ekslusif BTS Meal dari McDonald yang pernah menjadi rebutan ramai peminat Army Malaysia ini pernah trending beberapa hari lepas kerana cara mereka menyimpan bekasnya sebagai kenang-kenangan.

Ada juga yang menjual kembali bekas hidangan ini di dalam talian dengan harga yang tinggi, namun lain pula kisahnya dengan pereka fesyen dari Singapura yang manfaatkan bungkusan Mekdi itu.

Dikenali sebagai Josiah Chua, yang bekerja sebagai pereka fesyen dan juga artis visual, beliau kreatif buat rekaan kasut sendiri menggunakan bekas makanan kotak, cawan kertas dan bekas sos dari BTS Meal ini.

Rekaan kasut itu yang turut dimuat naik di Instagram miliknya segera menjadi tular dalam kalangan peminat BTS yang menyatakan rasa kagum dengan kreativitinya.

“Ini ada rekaan genius dan mengagumkan,” tulis salah seorang pengikutnya.

Bercakap kepada CNA Lifestyle, Chua mengakui dia membeli hidangan itu kerana ingin mengetahui apa yang membuatkan hidangan eksklusif Mcdonald’s itu menjadi trend dalam kalangan peminat.

Chua memberitahu rekaan dihasilkan itu adalah idea secara spontan dan proses pembuatan kasut itu menggunakan enam bungkusan BTS Meal.

Baca Lain: 5 Tabiat Pelanggan yag Pekerja Mekdi Sebenarnya Benci

bts meal
Screenshot dari Josiah IG Stories.
Rekaan Josiah pada kasut Nike yang dimilikinya.

Jelasnya, dia menghabiskan masa selama lima jam bermula daripada proses memotong, membentuk dan memerah idea bagi merealisasikan konsep kasut tersebut.

Chua turut memuat naik video pendek tentang proses pembuatan kasut itu di laman sosialnya.

“Idea menghasilkan kasut itu datang apabila teringat saya masih menyimpan tapak kasut daripada projek sebelumnya… Jadi saya terfikir untuk menggunakannya dan menghasilkan kasut berdasarkan bekas bungkusan BTS Meal.

Untuk rekod, hidangan BTS Meal baharu sahaja dilancarkan di Singapura baru-baru ini dan seperti di kebanyakan negara lain termasuk Malaysia, ia menjadi fenomena.

[Sumber: CNN Lifestyle]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!