Pilihan Warna Terbaik Untuk Bilik Tidur - Verst Trend

Type to search

Trend Bae & Beauty

Pilihan Warna Terbaik Untuk Bilik Tidur

Share

Bilik tidur adalah tempat yang paling tenang, damai dan seronok. Jadi, suasana dalam bilik tidur haruslah selesa dan sejuk.

Bangkitkan mood tidur dan masa rehat anda dengan pemilihan warna yang terbaik untuk melepaskan penat lelah selepas seharian menjalankan tugasan rutin. Selain mendapatkan mood rehat, warna bilik juga mempengaruhi kualiti tidur.

Jadi, mari lihat warna yang sesuai. Jom tukar warna dinding bilik tidur!

Merah Jambu

Merah jambu lebih dikenali dengan warna ‘perempuan’ kerana ia melambangkan cinta, kasih sayang, dan feminine. Warna yang comel ini memberikan kesan yang selesa, cantik, dan lemah-lembut. Sebenarnya tidak salah jika lelaki juga memilih warna merah jambu tetapi hias bilik dengan barang dan perabot yang maskulin.

Ungu

Tahukah anda warna ungu mampu menyembuhkan tekanan kerana membantu menenangkan saraf otot. Pilihan warna ungu akan menampakkan bilik lebih luas, elegan dan romantik. Tidak kira tona apa pun yang anda pilih, jika dikenakan dengan susunan perabot minimalis yang rapi ia memberikan tidur anda lebih selesa dan kualiti.

Coklat

Anda seorang yang gemarkan tema klasik, tradisional dan semua jadi sesuai memilih warna coklat. Warna ini juga mudah kombinasi dengan warna lain. Anda boleh memilih perabot berwarna putih, hitam, coklat dan sebagainya. Bilik akan tenang dengan warna bumi ini. Tidak perlu pening memikirkan hiasan yang berat, cukup dengan barang asas akan memberikan kesan yang sangat menarik.

Hijau

Jika anda seorang yang sukakan flora dan fauna, warna hijau adalah pilihan warna yang tepat. Pilih hijau yang tidak menyakitkan mata dan hias seperti sebuah taman. Alangkah seronoknya setiap pagi anda bangun dalam suasana taman yang cantik. Warna hijau lebih santai dan memberikan semangat. Selain itu, bilik anda mempunyai cahaya yang cukup dan ceria.

Biru

Warna ini sememangnya melambangkan ketenangan dan mendamaikan, tidak hairanlah jika pilihan warna biru adalah menjadi kegemaran setiap orang. Tidak kira tona biru lebih terang atau gelap pasti memberikan kesan sejuk dan nyaman. Biru seumpama lautan yang dipercayai membantu mengatasi masalah insomnia dan migraine. Ia juga boleh mengawal tekanan darah yang sedang marah. Pilih warna biru dan suaikan dengan perabot putih akan menjadikan bilik tidur anda semakin selesa dan lembut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!