3 Reason Lelaki Lebih Suka Diamkan Diri Bila Gaduh Dengan Pasangan

Type to search

Bae & Beauty Trend

3 Reason Lelaki Lebih Suka Diamkan Diri Bila Gaduh Dengan Pasangan

Share
lelaki

Kita masih tidak tahu rahsia di sebalik kehilangan kapal di kawasan Tiga Segi Bermuda. Kita pun tidak tahu mengapa makhluk halus atau – hhm – hantu di setiap benua itu berlainan bentuk dan rupa.

Satu lagi rahsia alam yang sukar untuk diterangkan adalah mengapa lelaki lebih gemar mendiamkan diri semasa bergaduh dengan pasangan mereka.

But Why?

Bertengkar itu adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. Ada masanya kita senyum bersama, ada masa kita akan bergaduh, biasalah tu.

Dan kebiasaannya semasa bergaduh, tak kiralah sama ada lelaki itu seorang yang pendiam atau ceria, dia mesti lebih sanggup untuk berdiam berbanding menaikkan suara. Mungkin ia disebabkan oleh 3 faktor ini.

Cuba tengok kalau korang setuju atau tidak.

1. Tak Nak Buat Pasangan Lebih Marah 

Lelaki kalau boleh tak nak leteran pasangan itu berpanjangan. Mereka malas nak dengar, especially bila suara pasangan semakin lama semakin nyaring dan pitchy.

Sebab itulah, mereka lebih sanggup berdiam dulu, biarkan leteran pasangan reda dan mulakan percakapan selepas itu.

2. Lelaki Gemar Memendam Emosi

Nampak je tenang dan diam, dalam hati lelaki entah apalah yang sedang dirasai olehnya.

Lelaki secara amnya dikatakan lebih suka memendam emosi berbanding perempuan yang lebih gemar meluahkannya. Tapi, kalau dah selalu sangat pendam, boleh meletup okay.

Jadi sebagai pasangan mereka, lebih elok jika kamu bawa si lelaki untuk bertenang selepas bergaduh.

3. Confuse Apa Masalah Yang Timbul Sebenarnya

Perempuan selalu merasakan diri mereka benar.

Girls, cuba tanya diri sendiri sama ada itu benar atau tidak. Walaupun dalam hal yang remeh, perempuan akan memperbesarkannya. Sebab itu, lelaki mudah confuse tentang apa sebenanrnya isu yang timbul sehingga menyebabkan perbalahan.

Lantas mereka fikirkan adalah lebih baik untuk diamkan diri saja daripada cuba menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami.

Menjadi seorang lelaki ni pun bukannya mudah tau. Jadi, daripada serabutkan kepala dengan lebih banyak masalah, lebih baik diamkan diri (dan main mobile game semasa pasangan tengah marah) je.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!