Sebelum Memberi Bunga Kepada Kesayangan, Ketahui Maksud Tersirat Setiap Jenis Bunga & Pastikan Bilangan Bunga Juga Tepat! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Sebelum Memberi Bunga Kepada Kesayangan, Ketahui Maksud Tersirat Setiap Jenis Bunga & Pastikan Bilangan Bunga Juga Tepat!

Hidayah Abdullah
Share

Bayangkan masuk office tiba-tiba ada surprise, jambangan bunga atas meja, keluar dating dapat bunga, sakit pun dapat bunga. Makin berbunga-bunga hati tambah pula kiriman tersebut dari secret admire atau kesayangan.

Bunga ni bukan sekadar cantik je tau. Pelbagai jenis bunga yang melambangkan cinta, setiap bunga membawa makna yang tersendiri. So, jangan salahkan individu kalau dia ada expectation yang tersendiri bila anda hadiahkan mereka bunga-bunga tertentu. Malah jumlah bunga pun symbolic terhadap sesuatu. Kepada lelaki-lelaki di luar sana, baca artikel ini dan fahami maksud setiap bunga sebelum memberi kepada si gadis.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Calla Lily

Bukan sekadar cantik di mata malah maksud tersirat bunga ini juga adalah kecantikan luar biasa. Jika anda ingin memuji kesayangan atau bakal kesayangan tapi tak terluah sebab malu, bolehlah hadiahkan si cantik manis dengan bunga ini.

Carnation

Bunga jenis ini sangat popular sebagai hiasan di majlis-majlis seperti perkahwinan dan tunang. Mana tidaknya maksud bunga ini adalah ketabahan cinta. Selain memberi kepada pasangan, ia juga sesuai dihadiahkan kepada ibu, bapa dan ahli keluarga yang tersayang terutama pada hari keramaian seperti Hari Ibu, Hari Bapa atau pada tarikh istimewa anda dengan keluarga.

Orked

Orked adalah bunga yang eksotik dan unik. Ia sangat sesuai dengan makna yang dibawa iaitu kecantikan tiada tandingan dan keunikkan pada seseorang. Sekiranya anda ingin menyampaikan bahawa si gadis itu tiada tolok bandingnya, boleh hadiahkan mereka bunga orked ini.

Peony

Nama bunga sahaja cukup untuk membayangkan kelembutan. Maksud bunga ini adalah kesihatan yang baik, murah rezeki dan kebahagiaan. Peony sangat sesuai dihadiahkan kepada mereka yang sedang mengalami hari-hari yang sukar atau kesihatan terjejas. Meskipun begitu harganya sedikit mahal, namun tidak salah sekiranya menghadiahkan sebagai tanda berharap mereka kembali sihat dan ceria.

Bunga Matahari

Sangat dikenali sebagai sunflower. Warnanya yang ceria dan terang sesuai dengan makna yang dibawa iaitu keceriaan. Bunga ini juga bermaksud kesetiaan dan semangat untuk terus mencintai. Sesuai sangat dihadiahkan kepada si dia sekiranya hubungan anda mempunyai masalah seperti bergaduh atau perselisihan faham. Pujuk pasangan anda dengan bawa sejambak bunga matahari dan berikan kepada dia sendiri. Kan manis tu. Jangan lupa bagitahu juga yang anda sayang kepadanya dan ingin terus bersama.

Tulip

Tulip adalah bunga yang simple but nice. Ia juga mempunyai pelbagai jenis warna. Selain bunga ros, bunga tulip adalah bunga paling perfect untuk ungkapkan betapa anda mencintai kesayanga anda. Maksud bunga tulip adalam cinta yang sempurna, sweet kan?

Bilangan Bunga

Bilangan bunga juga memainkan peranan tau. Walaupun ada sesetengah orang tidak kisah dengan bilangan bunga yang diberikan tetapi secara tersiratnya ia membawa maksud tertentu.

Walaupun anda mampu hadiahkan sejambak besar bunga tapi come on sweet lah sikit dengan memberi hidden message kepada kesayangan. Nak lagi sweet, biar si dia cari makna setiap bilangan bunga yang mereka terima. Boleh menangis terharu girlfriend anda.

Sekuntum

Ia mewakili ‘saya suka awak’. Kepada lelaki yang ingin cuba menambat hati si gadis, bolehlah try trick ini. Mana tahu, dengan sekuntum bunga boleh membuatkan anda dapat perhatian daripadanya.

Tiga Kuntum

Selepas berikan sekuntum bunga. Cuba anda bagi tiga kuntum pula. Kerana dengan tiga kuntum bunga secara tidak langsung anda sudah meluahkan perasaan terhadap si dia. ‘Saya cinta awak’. Setiap kuntuman bunga mewakili tiga patah perkataan keramat itu. Wah! Pasti berbunga hati si penerima!

Enam Kuntum

Oh My God! Apabila anda Berjaya memikat hati gadis pilihan anda. Apa kata Tambahkan kuntuman bunga. Enam kuntum bunga bagaikan lamaran secara tidak langsung kerana membawa maksud ‘saya mahu memiliki awak sepenuhnya’. Untungla girls! Lamaran tersirat macam ni sangat sweet tau.

16 Kuntum

Opps! Jangan seronok sangat bermain dengan bilangan kuntuman bunga. Mungkin anda mahu menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan, anda mengirimkan banyak kuntuman bunga. Sebelum mengantar, kira dahulu bilangan bunga kerana 16 kuntum bunga pula membawa maksud ‘saya hanya ingin berkawan sahaja dengan awak’. Elok tengah hangat bercinta, eh dapat 16 kuntum bunga pula, patah hati nanti. Tolong jangan permainkan hati orang, okey?!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!