Mahu Telinga Ala-ala 'Ceplos', Wanita China Buat Pembedahan );

Type to search

Bae & Beauty Trend

‘Telinga elf’ Ala-ala Ceplos Jadi Trend Di China, Wanita Ini Sanggup Lakukan Pembedahan

Share
ceplos

Korang mesti tahu kan karakter ‘ceplos’ yang pernah ada suatu ketika dahulu di Malaysia. Watak utama dalam drama Ceplos itu mempunyai ‘elf ear’ yang sekarang ini telah menjadikan telinga itu sebagai trend di China.

Haa.. seriouslah?

Telinga ‘ceplos’ biasanya merujuk kepada kecacatan sewaktu kelahiran yang mengakibatkan bentuk telinga menjadi runcing, tetapi sekarang ini adalah fesyen terbaru di kalangan anak muda China .

Kini, pasaran pembedahan kosmetik bagi prosedur ‘elf ear’ sedang berkembang pesat di sana.

Penduduk mereka sanggup berbaris di luar klinik untuk mendapatkan prosedur telinga ceplos aka ‘elf ear’ yang sangat popular, lapor Mandy Zuo di South China Morning Post.

Mereka mempercayai dengan memanjangkan telinga ke atas akan menjadikan wajah kelihatan lebih kurus dan lebih muda, menurut SCMP.

Mana taknya, media sosial China penuh dengan mereka yang bersemangat mempromosikan hasil prosedur telinga ala-ala ‘ceplos’. Prosedur ini popular di kalangan lelaki dan wanita dan biasanya boleh dilakukan dengan satu daripada dua cara:

1. Mengambil tulang rawan dari bahagian badan yang lain dan meletakkannya di belakang telinga untuk membuat telinga menonjol atau;

2. menyuntik telinga dengan asid hyaluronik

“Macam tak percaya! Saya tidak mengubah apa-apa di wajah tetapi semua rakan saya mengatakan bahawa saya kelihatan berbeza pada hari saya menyelesaikannya,” kata seorang pengguna mengenai prosedur ‘elf ear’.

ceplos

Wang Jiangyun, seorang pakar bedah kosmetik di The Third People’s Hospital di Zhengzhou, Henan, China tengah, memberi amaran bahawa terdapat risiko jangkitan, cicatrice, dan telinga yang tidak simetri ketika menambahkan tulang rawan tambahan, alergi, darah beku dan kulit nekrosis semasa menggunakan asid hyaluronik.

“Saya berani mengatakan bahawa selepas trend ‘telinga elf’ ini, mesti akan ada golongan beauty seekers yang meminta untuk kembalikan telinga asal mereka, seperti yang pernah terjadi ‘hidung selebriti’, ‘kelopak mata lipat gaya Eropah’, dan lain-lain yang dulu sangat popular,” katanya.

“Lama kelamaan, anda akan mendapati trend seperti ini sebenarnya tidaklah begitu cantik. Jadi saya cadangkan orang ramai agar bersikap lebih rasional mengenai perkara ini,” tambahnya lagi.

ceplos
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!