Try Tips Penjagaan Kulit Ketika Holiday Di Tempat Sejuk Atau Panas. Wajib Cuba Tau! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Try Tips Penjagaan Kulit Ketika Holiday Di Tempat Sejuk Atau Panas. Wajib Cuba Tau!

Share

Ada tak perempuan yang sanggup tak pergi holiday di tempat terlalu sejuk atau panas sebab takut kulit muka rosak? Alamak, ruginya sis sampai macam tu sekali.

Travel ni tak rugi tau. Lagi-lagi pergi negara bermusim. Dapatlah merasa setiap musim yang ada. Pemandangan juga berbeza dari negara sendiri. Jadi kepada perempuan yang sanggup duduk rumah sebab nak jaga sangat kulit tu, ubah mind set! Anda patut travel untuk belajar apa yang ada dalam dunia ni. Pasal kulit tu jangan risau, baca cara penjagaan kulit ketika bercuti ni.

Musim Sejuk

Kita dekat Malaysia mana ada musim sejuk kecuali musim hujan. Itu pun ada masa panas. Sekali-sekala mestilah nak merasa melawat negara banyak musim terutama musim bersalji. Bukan masa musim panas je kena jaga rutin kulit muka anda. Cuaca sejuk pun kena jaga juga nanti kulit merah-merah, menggelupas. Cara elak kulit menggelupas pada cuaca sejuk mudah je.

 

Produk Penjagaan Kulit

Mungkin agak berbeza penjagaan kulit semasa musim panas dan sejuk. Pastikan anda dapat nasihat doktor jika anda mempunyai masalah kulit. Semak dulu bahan yang ada dalam produk skincare anda.

 

Jangan Mandi Air Panas

Memanglah cuaca sejuk tapi jangan mandi air panas atau suam-suam terlalu lama. Mandi dengan air normal, selepas menggunakan air panas nanti kulit anda semakin kering. Air panas menyebabkan kulit kurang lembap dan mudah menggelupas.

 

Pelembap

Sebelum keluar dari tempat penginapan atau sebelum kulit anda dimamah cahaya matahari. Jangan lupa sapukan pelembap atau moisturizer kalau sayang kulit. Sapu moisturizer sebelum tidur dan sebelum keluar. Kulit anda akan jadi lebih lembut dan kekal lembap sepanjang hari.

 

Musim Panas

Suka sangat holiday dan buat outdoor activity tapi sayang kulit. Takut sunburn, takut kulit menggelupas eh banyaklah benda nak takut. Takkan nak korbankan hobi semata-mata untuk dapat kulit cantik atau korban kulit yang cantik untuk hobi tu. Macam mana? Bagi perempuan keseronokan dan kecantikan berpisah tiada.

Buang rasa kegusaran hati, ikut tips ini untuk memenuhi segala kehendak anda. Boleh OOTD tengah panas terik, boleh buat aktiviti yang korang nak, boleh merayap ke mana-mana tanpa merosakkan kulit. Nak kekal cantik jelita, follow steps ini.

 

Cuci Dan Skrub

Cuci muka mestilah wajib setiap hari sekurang-kurangnya dua kali sehari. Cuci muka pun kena guna 60 second rule tau! Hilangkan segala kekotoran, debu dan habuk melekat pada kulit muka. Untuk skrub pula tak perlu setiap hari tapi seeloknya dua atau tiga kali seminggu untuk buang sel kulit mati. Jangan malas kalau nak cantik!

 

Pelembap

Sama je macam holiday tempat sejuk tadi. Sapu moisturizer sebelum tidur dan sebelum keluar. Moisturizer inilah yang membantu kulit anda sentiasa lembap. Nampak tak betapa pentingnya moisturizer?

 

Sunscreen

Pakai sunscreen atau kirm pelndung matahari ni bukan time holiday je. Setiap kali keluar rumah pun kena pakai sebenarnya. Ia sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh cepatkan kesan penuaan pada kulit dan jeragat. Takkan nak nampak tua sebelum usia. Oh, tidak! Paling penting, cari sunscreen yang sesuai dengan kulit korang.

 

Make Up

Memang tujuan holiday nak bergambar dan OOTD. Tapi kalau holiday masa musim panas, elakkan make up terlalu tebal. Tak rimas ke dengan berpeluh lagi? Make up tebal kulit anda tak boleh bernafas, dahlah cuaca panas. Macam-macam masalah pada kulit nanti. Tak cantikla, kan? Apa-apa pun sebelum tidur, remove make up anda sebersihnya. Barulah boleh rehatkan badan dan jangan lupa minum air!

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!