Ubah Gaya Anak Agar Mengemari Sayur Dan Buah Berbanding Jajan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ubah Gaya Anak Agar Mengemari Sayur Dan Buah Berbanding Jajan

Share

Sayur dan buah mempunyai kandungan vitamin dan gizi yang membantu tumbesaran kanak-kanak. Jika anak anda kurang gemar makan sayur dan buah, ia akan menjejaskan kesihatan.

Kebanyakkan kanak-kanak lebih gemar makan makanan segera dan daging, oleh itu kesihatan mereka tidak optimum dan boleh mengalami obesiti.

Ya, sayur dan kanak-kanak adalah musuh sejati, tapi ubah pemikiran mereka dengan mengikuti cara-cara memberi si kecil makan sayur dan buah.

Makan Bersama

Sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik kepada anak. Untuk permulaan, luangkan masa bersama untuk makan sayur dan buah.

Sediakan beberapa jenis sayuran dan buah-buahan dan makan bersama mereka. Jika anda mengamalkan diet yang sama, mereka akan terbiasa dan menyukai sayur dan buah.

Sokongan

Sokongan dan galakan daripada ibu bapa sangat penting dan memberi kesan positif kepada kanak-kanak yang sedang mempelajari sesuatu yang baru.

Berikan kata semangat dan pujian apabila mereka berjaya makan sayur dan buah. Jangan sesekali anda memarahi atau menghukum mereka kerana mereka akan berkecil hati atau trauma.

Kreativiti

Kanak-kanak lebih tertarik dengan makanan yang comel dan berwarna-warni. Sebagai ibu, anda perlu menjadi kreatif untuk menarik minat anak.

Pelbagaikan cara potongan sayur dan buah untuk dijadikan seperti bentuk ikan, beruang atau corak yang cantik. Jangan lupa pelbagaikan juga cara masakan supaya anak anda tidak jemu.

Masak Bersama

Ajak anak anda membeli, menyediakan dan memasak bersama. Berikan anak anda peluang memilih sayuran dan buah yang mereka gemari.

Semasa memasak, biarkan mereka menghias makanan dan terangkan khasiat mengenai sayur dan buah yang mereka guna.

Sayur Dan Buah Sebagai Snek

Gantikan makanan ringan yang tidak berkhasiat kepada sayur dan buah. Apabila anak anda lapar, sediakan sayur atau buah untuk mengisi perut mereka.

Sebagai contoh, potong buah tembikai dengan saiz kecil, letakkan di dalam bekas dan sejukkan. Keluarkan apabila anak anda meminta snek.

Jadikan Jus Atau Koktel

Sesetengah kanak-kanak memang tidak boleh melihat sayur dan buah di atas meja. Jadi, anda boleh cuba menyediakan dalam bentuk jus atau koktel.

Kisar sayuran yang sesuai seperti tomato, lobak merah, timun yang dicampurkan jus lemon dan hidangkan ketika minum petang.

Warna yang menarik akan memberi minat kepada anak untuk mencuba.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!