Underweight Pun Tak Bagus, Ubah Cara Pemakanan Untuk Dapat BMI Seimbang Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Underweight Pun Tak Bagus, Ubah Cara Pemakanan Untuk Dapat BMI Seimbang

Share

Ramai sangat sibuk nak kurus, macam macam diet dah try. Jogging pun hari hari. Tapi ada orang struggle nak naikkan berat badan sebab underweight. Tambah berat badan bukan bermakna nak gemuk tapi nak dapatkan BMI yang cukup. Tak terlalu tinggi, tak terlalu rendah.

Gemuk sangat pun tak sihat, kurus sangat pun tak sihat. Walaupun makan banyak, tapi tak naik juga berat badan. Jadi, sebelum dituduh korang bela jin atau saka. Baik korang betulkan diet seharian.

Waktu Makan

Kalau nak tambah berat badan, tolong jangan skip waktu makan korang. Kalau skip nanti bertambah kurus pula. Dalam diet seharian lebih elok  combine protein, karbohidrat dengan lemak dalam makanan. Makan tiga kali sehari. Korang boleh makan snek, tapi snek yang sihat tau macam kurma ke kismis ke buah prun, epal banyak lagi.

 

Makan Dengan Kerap

Ada jenis orang yang memang makan dengan kuantiti sikit. Cara atasi untuk cukup makan adalah makan dengan kerap. Portion makanan sikit tapi pastikan korang ada side dish atau snek sihat untuk makan bila lapar.

 

Elak Junk Food

Tambah berat badan memang senang tapi bukan dengan cara sumbat dengan junk food atau fast food. Korang kena juga makan makanan yang sihat dan memberi tenaga. Fast food memang banyak daging tapi tak cukup kalori dan tak fresh.

 

Senaman

Eh, bukan gemuk je kena exercise. Kurus pun kena juga. Lakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu kalau rajin empat hingga lima kali seminggu. Jadikan rutin untuk membakar kalori dan pembentukan otot. Kan dah cakap bukan nak gemuk, tapi nak fit!

 

Piramid Makanan

Kalau ikut piramid makanan, korang tak ada masalah berat badan. Terlalu ringan atau terlalu berat. Kalau nak berat badan ideal, fokus kepada sumber kalori. protein, vitamin dan karbohidrat. Susah sangat nak ingat, tolong amalkan diet suku suku separuh. Faham?

 

Kalori

Banyakan makan kekacang, telur, gandum, susu full cream dan avokado. Tambah kalori dalam makanan seharian korang. Pengambilan kalori sebelum ini habis untuk tenaga. Untuk tambah berat badan, ambil kalori lebih banyak supaya jadi lemak dan otot. Jangan pula korang makan benda merepek. Nak tambah berat badan untuk kesihatan bukan untuk gemuk!

 

Protein

Fungsi protein untuk membina tisu dan otot. Opps! Protein tak boleh ambil secara berlebihan nanti jadi stok lemak pula. So boleh ambil protein 1.5 gram sahaja berbanding orang biasa. Contoh protein macam ikan, produk tenusu dan soya.

 

Vitamin Tambahan

Banyak supplement dah ada di pasaran tapi pastikan disahkan oleh KKM. Korang boleh ambil vitamin untuk naikkan berat badan. Mealshakes adalah minuman berprotein tinggi. Ada mineral dan asid amino untuk menambah selera makan. Vita-Lea pula mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan. Vitamin B Complex bantu mengawal metabolisma badan dan tingkatkan sistem antibody.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!