Untuk Beginner Traveler, Korang Kena Tahu Perkara Basic Ini - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Untuk Beginner Traveler, Korang Kena Tahu Perkara Basic Ini

Avatar
Share

Nak pergi travel tak salah. Kalau ke luar negara, dapat merasa budaya, makanan dan cuaca yang berbeza dari Malaysia. Kalau dalam Malaysia, dapat menikmati keindahan dan tahu keistimewaan negara kita.

Tapi kepada yang kali pertama melancong, korang kena tahu perkara asas terlebih dahulu. Jangan pergi tanpa ilmu atau maklumat. Bersiap sedia semampu mungkin dan yakin pada diri sendiri. Mula-mula memang agak takut, lama kelamaan korang seronok! Nah, ini perkara asas untuk first timer traveler.

Solat Sunat

Sebelum bergerak atau memulakan perjalanan, eloknya mulakan dengan solat sunat musafir. Minta perlindungan dan petunjuk dari Allah semoga perjalanan selamat pergi dan balik. Jangan lupa baca doa! Amalkan setiap kali sebelum memulakan perjalanan.

 

Niat Yang Betul 

Apa sebab korang travel? Nak riak? Nak menunjuk? Nak belajar something yang baru dari tempat lain? Nak menikmati keindahan alam? Semua ni, ada kaitan dengan diri korang. Kalau niat tak elok, tak eloklah keadaannya. Kalau baik, In Sha Allah baik segalanya.

 

Keselamatan Diri Dan Barang

Tak kira travel ke luar negara atau dalam negera. Barang korang jaga betul betul. Jangan mudah percaya pada orang dan letak barang merata rata. Dokumen penting simpan di tempat yang paling selamat dan dekat dengan diri sendiri. Rahsiakan identiti dan jangan dedahkan lokasi penginapan. 

 

 

Rancang Dengan Betul

Rancang ke mana tempat yang korang nak tuju, taklah kelam kabut bila sampai nanti. Pastikan jadual perjalanan penuh diisi dengan aktiviti dan tempat yang best. Tapi kita merancang, tuhan menentukan. Jadi, buat back up plan. Bukan minta perkara yang tak baik, hanya bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Yang penting jangan panik. Tenang dan fikir secara rasional.

 

Maklumat Penting

Haa ini paling penting. Cari maklumat mengenai tempat yang korang nak pergi. Jangan main redah je. Dahla first time, tak buat homework pasal tempat yang nak melawat pula. Bahaya tau! Sekarang semua maklumat hujung jari, gunakan jari korang dengan bijak.

 


Melawat Tempat Pelancong Selalu Pergi

Untuk permulaan, pergi dulu tempat typical pelancong pergi. Lagi mudah kalau ramai orang Malaysia pergi. Jangan pergi tempat yang terlalu rare. Untuk berjinak-jinak dengan travel, tak salah pergi ke tempat ramai pelancong lain. Mesti ada keistimewaan tempat tu sebab tu ramai orang datang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!