);

Type to search

Bae & Beauty Trend

Untuk Percutian Yang Selesa, Elak Pakai Kasut Jenis Ini

Share

Untuk trip bercuti yang memerlukan anda berjalan sepanjang masa, anda perlu memilih kasut yang paling selesa dan sesuai. Jika tidak, anda akan mengalami sakit kaki, sakit betis, melecet dan tidak selesa untuk meneruskan perjalanan.

Jangan rosakkan mood anda yang sepatutnya menikmati pemandangan di tempat orang tetapi kaki anda sakit. Pilih kasut yang mempunyai kusyen yang boleh menyerap hentakan, potongan kasut yang sesuai dan menyokong badan anda untuk bergerak dengan selesa.

Boot

Kasut boot berat dan padat menyebabkan kaki anda tidak selesa. Tiada ruang udara jika anda memakai boot, jadi kaki anda sukar untuk bernafas. Potongan kasut boot juga tinggi membuatkan bahagian buku lali tidak bebas bergerak. Kasut ini tidak mempunyai kusyen tetapi tapak yang keras. Elak pakai kasut boot jika anda banyak berjalan di atas tar, nanti kaki anda panas dan berpeluh.

Kasut Sukan

Ramai juga yang salah faham, kasut sukan sesuai dipakai semasa berjalan jauh. Sebenarnya kasut sukan tidak sesuai untuk berjalan jauh kerana ia boleh memberi kesan kepada otot kaki, tumit dan sendi. Kasut sukan dibuat khas untuk bersukan dan tidak memberi keselesaan sepenuhnya untuk kaki anda. Tidak elok jika dipakai terlalu lama.

Kasut Flat

Untuk wanita, elak memakai flat shoe atau kasut ballet ketika berjalan jauh. Ia akan memudaratkan kaki seperti belakang tumit melecet dan betis anda sakit. Memakai flat shoe dengan jangka masa yang lama tidak memberi keselesaan pada tapak kaki.

Selipar

Selipar perlu dibawa semasa bercuti cuma tidak sesuai dipakai semasa perjalanan jauh. Kaki anda perlu selesa untuk elakkan tapak kaki dan sakit pada tumit. Selipar boleh dipakai sewaktu pergi makan di kawasan berdekatan, ke pantai, berjalan di sekitar tempat penginapan dan mengambil angin sahaja. Selipar tidak mempunyai kusyen yang tebal untuk menyerap hentakan kaki yang terlalu lama.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!