Vitamin D dan Pelindung Matahari, Penting Bagi Si Pemilik Kulit Gelap Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Sihat

Vitamin D dan Pelindung Matahari, Penting Bagi Si Pemilik Kulit Gelap

Share

Satu fakta berkaitan kulit gelap adalah dimana ia bekerja keras dengan sinar UV dari matahari untuk membina vitamin D.

Dengan kandungan melanin yang tinggi memberi kesan perlindungan kerosakan akibat matahari, tetapi sebenarnya menghalang pembinaan semula vitamin D.

Kami kongsikan kepentingan Vitamin D serta cara untuk mengekalkan tahap perlindungan kulit anda dari sinar UV.

APA ITU VITAMIN D?
Ia merupakan hormon larut lemak yang dihasilkan di dalam kulit selepas terdedah kepada cahaya matahari.

Dimana ia bertanggungjawab untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam usus bagi mencegah riket pada kanak-kanak serta osteomalacia pada orang dewasa.

APAKAH FAEDAH VITAMIN D?
· Memberi fungsi normal kepada sistem imunisasi
· Mengekalkan fungsi otot normal
· Menyokong pembangunan tulang dan gigi, serta pemprosesan kalsium fosforus
· Membantu pembahagian sel optimum dalam badan.

BAGAIMANAKAH ANDA MENDAPAT VITAMIN D?
Vitamin D dihasilkan selepas tubuh terdedah kepada cahaya matahari, tetapi ia juga boleh didapati dari sumber makanan lain seperti ikan tenggiri dan salmon, minyak ikan, telur (terutama bahagian kuning), hati dan mentega.

Kini banyak makanan yang diperkaya dengan vitamin D.

Walaupun dengan makanan yang mengandungi vitamin D, keperluan harian masih tidak mencapai jumlah yang disyorkan (RDA) dengan hanya melalui pendedahan makanan dan matahari sahaja.

BAIK DAN BURUKNYA
Tahap melanin secara semulajadi di bahagian epidermis kulit yang lebih gelap menimbulkan masalah untuk pembinaan Vitamin D3.

Melanin diperlukan untuk perlindungan terhadap kesan radiasi UV, ia juga bertindak sebagai penghalang bagi orang berkulit gelap daripada menghasilkan jumlah vitamin D yang diperlukan.

ADAKAH PELINDUNG MATAHARI MEMBERI KESAN KEPADA KEKURANGAN VITAMIN D?
Melanin boleh menghalang keupayaan tubuh untuk menyerap sinar UVB yang secukupnya bagi menggalakkan penghasilan vitamin D secara semulajadi dalam kulit.

Penggunaan pelindung matahari boleh menimbulkan ketidakupayaan fungsi kerja pelindung matahari dan melanin untuk menjaga kerosakan UV pada kulit.

Pakar-pakar kesihatan menasihatkan bahawa mereka yang mempunyai tona kulit gelap harus menghabiskan lebih banyak masa terdedah kepada sinar matahari untuk membina jumlah vitamin D yang sama seperti tona kulit cerah.

BAGAIMANA ANDA MENDAPAT KEPERLUAN VITAMIN D HARIAN YANG DIPERLUKAN?
Tidak mungkin melalui diet dan pendedahan cahaya matahari sahaja mampu memberi vitamin D yang cukup, terutama untuk individu berkulit gelap.

Perlindungan matahari jugah penting untuk melindungi diri daripada kanser. Oleh itu, badan-badan kesihatan mengesyorkan suplemen harian dan suplemen berkuantiti 10 mikrogram (micrograms).

Dalam hal ini, kami menyarankan sebelum anda mula mengambil pil vitamin tambahan, pergilah berjumpa doktor dan dapatkan jumlah yang sesuai untuk keperluan khusus anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!