Warga Emas Yang Ada Sahabat Bersembang Cenderung Untuk Tidak Nyanyuk, Menurut Kajian Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Infotainmen

Warga Emas Yang Ada Sahabat Bersembang Cenderung Untuk Tidak Nyanyuk, Menurut Kajian

Share

Demensia adalah salah satu penyebab utama kecacatan dan kebergantungan di kalangan warga emas seluruh dunia. Tetapi penyakit ini bukan sesuatu yang datang tanpa diundang ketika kita mencapai usia yang lebih tua.

Sebenarnya, satu kajian mendapati ada cara mudah untuk elakkan nyanyuk ketika kita tua. Ini boleh menjadi kunci yang bukan sahaja menolong kita, ibu bapa dan juga datuk nenek boleh dibantu agar kita semua dapat mengingati saat-saat berharga yang dikongsi bersama.

Kita semua perlukan sahabat, terutama ketika sudah meniti usia


Kajian selama 28 tahun itu mendapati bahawa orang yang berusia 60 tahun yang mempunyai lebih banyak hubungan sosial dengan rakan-rakan, hanya 12% sahaja cenderung untuk menghidap demensia.

Bila keputusan mengatakan ia ada kaitan hubungan sosial dengan sahabat, bukannya keluarga, Ini menunjukkan yang orang tua juga bukannya harus menghabiskan masa dengan keluarga, mereka juga harus menghubungi kawan-kawan dorang.

Kajian lain juga menyokong yang bersosial penting untuk orang tua bagi mengurangkan peluang mendapat nyanyuk. Tapi kajian itu lebih banyak daripada berada di sekitar keluarga. Satu lagi perkara yang menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana kesannya lebih besar di kalangan 60-an berbanding dengan 50-an dan 70-an.

Tetapi warga tua biasanya bersendirian.


Walau bagaimanapun, beberapa penyelidikan lain menunjukkan kontranya, yang orang tua kurang berkumpul dengan rakan mereka kerana nyanyuk. Tetapi kajian tersebut tak ‘follow up’ selepas dapat hasil, jadi keputusan itu mungkin tak tepat.

Menjadi tua tak bermaksud kita tidak boleh menjalani kehidupan sosial.


Sangat menyedihkan bila orang tua jarang jumpa sahabat dorang, kerana bersama dengan kawan-kawan sebenarnya dapat mengurangkan kemungkinan mengalami nyanyuk.

Dorang masih boleh menjadi datuk dan nenek yang hebat, walaupun sudah menghabiskan sebahagian masa dengan rakan sebaya. Sebenarnya, pada usia 60 tahun, kebanyakan orang mungkin tak lagi bekerja atau pencen, jadi dorang semestinya mempunyai banyak masa untuk bersama sahabat.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!