Wow, Seksinya! 7 Bahagian Badan Lelaki Yang Buat Perempuan 'Cair' - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Wow, Seksinya! 7 Bahagian Badan Lelaki Yang Buat Perempuan ‘Cair’

Avatar
Share

Kita semua dah dapat agak bahagian mana lelaki suka tengok pada perempuan. Sebagai perempuan pun tahu kenapa lelaki suka tengok pada bahagian tersebut.

Tapi sebenarnya bukan lelaki je suka tengok badan perempuan, perempuan pun suka tengok badan lelaki. Ada sebab tersendiri dan kenapa bahagian tersebut menarik perhatian. Kiranya, kalau seorang lelaki ada semua ni, perempuan jadi tak keruanlah!

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Bibir

Bukan bentuk bibir. Tapi warna bibir. Biasanya lelaki yang tidak merokok memiliki bibir yang kemerah merahan. Lelaki yang heavy smoker, bibir akan menjadi gelap dan kering. Jadi, mana lebih menarik? Mestilah bibir yang lembut dan kemerah merahan. Satu lagi, senyuman. Bibir dah seksi, kenalah senyum selalu.

 

Jawline

Bahagian muka yang dianggap aset bagi lelaki, makin tajam jawline, makin handsome. Jawline yang ketara sangat memberi kesan kepada bentuk muka seseorang. Untunglah siapa yang jawline tajam, baru nampak dari tepi dah terbukti kacak.

 

Tangan Dan Kuku

Wow! Ini sudah pasti. Perempuan ‘cair’ dengan tangan lelaki yang berurat! Nampak kejantanan dia. Tambah pula kuku yang pendek dan bersih. Dahlah seksi, kebersihan pun jaga. Lagi ramai perempuan suka.

 

Bahu

Lelaki wajib bahu tegap dan tegak baru nampak berkeyakinan, macho. Kalau membongkok, nampak sangat tak bermaya dan tak menarik langsung! Tak kisah ke mana korang pergi, perempuan akan memerhati. Jadi, tingkatkan keyakinan diri.

 

Perut

Tak payah six packs pun, cukup perut yang flat dan tak boroi. Tapi kalau ada six packs atau four packs pun, apa salahnya, kan? Bonuslah gitu. Ihiks!

 

V-Shaped

V-shaped di bahagian pinggul lelaki hingga pangkal paha. Kiranya kalau lelaki pakai seluar bawah pusat, nampaklah v-shaped dia. Masa tu, perempuan akan jeling jeling manja.

 

Punggung

Haa, siapa cakap lelaki je usha punggung perempuan? Perempuan sekarang pun tengok juga punggung lelaki. Lelaki yang mempunyai punggung flat tak menarik perhatian perempuan. So, lelaki ke perempuan ke, kena rajin buat squats!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!