Yang Takut Putus Cinta Tengah Jalan, Ini Tips Kekalkan Hubungan Sampai Kahwin Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Yang Takut Putus Cinta Tengah Jalan, Ini Tips Kekalkan Hubungan Sampai Kahwin

Share

Dah lama sangat bercinta, takut tak sampai ke jinjang pelamin. Nanti mesti kecewa, mungkin ada sampai menangis berhari hari. Kahwin ke tak kahwin ke semuanya jodoh. Kalau tak kahwin, bermakna bukan jodoh. Kuatkan hati dan move on walaupun susah. Nak buat macam mana, kan?

Selain bercerita pasal jodoh dan takdir, mungkin korang boleh gunakan tips kekalkan hubungan sampai kahwin ini. Yang penting ikhtiar dan usaha, selebihnya perlu berdoa. Jangan putus asa, okay!

Mengenali

Takdir tak boleh ditolak. Kalau korang terjumpa pasangan hari ini, esok tiba tiba kahwin. Itu namanya jodoh. Kenali pasangan korang selepas berkahwin, kenal betul betul tau! Yang masih belum berkahwin, sesi bercinta adalah sesi mengenal hati budi pasangan. Korang masih ada peluang untuk memilih. So, jangan buang masa!

 

Menghormati

Hormat pasangan korang. Kalau korang saling hormat menghormati automatic dengan keluarga pun sama. Ibu bapa si dia, adik beradik dan semuanya. Keluarga ni penting, apa apa yang korang buat pun mesti perlukan doa dan restu mereka. Minta mereka doakan hubungan korang sampai ke syurga.

 

Penasihat Dan Pendengar

Mestilah luah perasaan dekat pasangan, kan? Semua masalah kecil, besar semua pasangan korang tahu. Korang pun mesti kena dengar apa masalah pasangan. Saling nasihat menasihati, tolong menolong dan dengar. Bagilah moral support dan idea untuk selesaikan masalah si dia. Janganlah buat tak tahu je.

 

Kepercayaan

Macam biasa, dalam hubungan wajib ada kepercayaan terhadap satu sama lain. Overthinking atau overprotective juga bahaya dalam hubungan. Selalu sangat tuduh si dia buat hal atau terlalu berjaga jaga. Takut nanti naik rimas pula pasangan korang tu. Boleh sikit sikit je, selebihnya berdoa untuk yang lebih baik. 

 

Berdoa

Bila bercinta terlalu lama, mesti ada plan untuk ke langkah seterusnya. Kahwin! Tapi tak semudah yang korang fikir. Akan jadi mudah dan lancar kalau korang mendekatkan diri dengan Allah. Berdoa, berharap dan berusaha untuk ke jalan yang lebih baik. Best tau kahwin, semua benda dapat pahala kalau buat bersama.

 

Jaga Bahasa Dan Tingkah Laku

Walau sebesar mana pun masalah korang hadapi, jangan sesekali keluar perkataan yang tak baik. Atau naik tangan! Ini adalah punca ramai yang bercinta putus di tengah jalan. Tak kira si lelaki atau perempuan yang tak jaga bahasa atau naik tangan, kalau ada tinggalkan terus. Bahaya untuk masa depan.

 

 

 

 

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!