3 Aplikasi Lain Boleh Diguna Gantikan WhatsApp );

Type to search

Apps E-Com

3 Aplikasi Lain Boleh Guna Selain WhatsApp – Kepelbagaian Fungsi & Lebih Mudah

Avatar
Share

Setelah berita mengenai aplikasi WhatssApp yang menjadi satu kontroversi baru-baru ini, ramai pengguna merasa resah dengan keselamatan maklumat peribadi mereka.

Namun jangan risau kerana masih lagi terdapat beberapa aplikasi yang boleh m dan berfungsi seakan WhatsApp.

1. Telegram

Penggunaan aplikasi Telegram kini telah berkembang luas kerana kepelbagaian fungsi yang ia berikan. Pengguna juga boleh membuat kumpulan dengan bilangan orang yang agak besar dan ramai.

Kebanyakan pendidik dan pelajar menggunakan platform ini untuk membuat perbincangan dengan kreatif dan mudah. Ia juga memberikan pelbagai kemudahan untuk para pelajar menggunakan kemudahan yang ia beri seperti edit gambar, terjemahan bahasa dan banyak lagi.

Anda boleh mengirim media atau pun file dalam ukuran yang besar tanpa masalah. Segala maklumat juga boleh disimpan di dalam cloud Telegram. Ianya juga sangat selamat untuk digunakan dan lebih meriah. Masih ramai yang di luar sana masih kurang tahu mengenai fungsi Telegram ini.

2. Signal

Signal Messenger yang boleh dimuat turun melalui Appstore dan Google Play

Sudah tersebar di laman Twitter mengenai satu aplikasi yang dikatakan mampu menyaingi kewujudan WhatsApp iaitu Signal Messenger. Ianya sudah ada semenjak tahun 2016 lagi tetapi kurang pendedahan. Fungsinya lebih kurang dengan penggunaan WhatsApp di mana pengguna boleh menghantar mesej dan video tetapi ianya tiada penggunaan “story” seperti di WhatsApp.

3. Snapchat

Aplikasi Snapchat

Aplikasi ingin sangat terkenal dalam kalangan remaja dan mereka yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Kelebihan Snapchat ialah ia memberi pengguna “filter” semasa bergambar seakan Instagram. Tetapi yang membezakannya ialah Snapchat membolehkan anda untuk menghantar pesanan dan gambar.

Walau bagaimanapun gambar yang dihantar akan hilang secara automatik. Ianya mungkin tidak sesuai untuk mereka yang menggunakannya sebagai platform bekerja.

Ini antara aplikasi yang sesuai digunakan jika anda masih ragu-ragu dengan kemas kini WhatsApp.

 

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!