3 Aplikasi Untuk Edit Gambar Yang Perlu Ada Dalam Telefon Anda );

Type to search

Apps E-Com

3 Aplikasi Untuk Edit Gambar Yang Perlu Ada Dalam Telefon Anda

Avatar
Share

Edit Gambar, Aplikasi sesuai,

Perkembangan teknologi sekarang memang sangat maju sehingga anda boleh edit gambar hanya beberapa minit dan sekadar menggunakan aplikasi di telefon pintar anda.

Malah aplikasi ini juga amat membantu para pelajar untuk edit gambar mereka jadi lebih baik demi tujuan assignment dan sebagainya.

Jadi di sini penulis akan senaraikan tiga aplikasi yang korang boleh pilih dan muat turun untuk edit gambar korang.

1. Canva

Edit Gambar

Ya Canva sekarang memang sudah menjadi aplikasi edit gambar yang terkenal dalam kalangan para pelajar, orang media serta mereka yang menceburi bidang bisnes.

Pelbagai jenis templat diberi yang mempunyai fungsi terhadap beberapa jenis sebagai contoh, templat untuk bisnes, presentation, banner dan sebagainya. Ianya memang sangat mudah dan menyenangkan untuk diguna oleh semua orang terutama mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pengeditan.

Aplikasi ini percuma serta sesuai untuk iOS dan Android.

2. PicsArt

Aplikasi ini memberikan korang semua fungsi seperti edit logo, gambar atau collage yang simple, mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, ianya mempunyai iklan atau “ads” yang sering muncul sebelum anda boleh gunakannya. Mungkin agak sedikit leceh bagi beberapa orang tetapi ianya dijamin bagus dan terbaik.

3. Adobe Photoshop Express

Bila orang dengar sahaja Adobe, mesti mereka tahu bahawa ia berkait rapat dengan gambar dan penyuntingan. Apa yang bestnya tentang aplikasi ini ialah korang boleh edit dengan pantas dan ia sertakan filter yang bagus.

Jadi ini antara aplikasi yang boleh dikatakan agak “famous” dalam kalangan pengguna sekarang.

[Sumber: Dropship Kartel]

Baca juga: 5 aksesori yang sesuai dibeli untuk kucing anda

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!