3 Cara Tingkatkan Keseronokan Media Sosial Anda dengan AR! - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Pilihan Editor Tech

3 Cara Tingkatkan Keseronokan Media Sosial Anda dengan AR!

Share

Teknologi Reality (AR) telah diintegrasikan ke dalam telefon pintar dengan fungsi yang menyeronokkan seperti filter dan keupayaan anda menakluki dunia Pokemon sebagai Trainer.

AR juga dapat membantu serta memudahkan pengguna dari segi penampilan dengan membolehkan anda mencuba beratus-ratus warna lipstik, atau bina dekorasi rumah dengan fungsi cuba letak perabot di rumah anda.

Dengan AR, pengguna seakan boleh mencuba terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai dengan keinginan sebelum membelinya.

Kini anda boleh menggunakan teknologi AR untuk menambah keseronokan media sosial anda dengan Galaxy Note10 | 10+!.

Ciri baru dan menarik dari Samsung iaitu AR Doodle dengan menggabungkan teknologi AR dan ciri-ciri istimewa S Pen, dimana anda boleh membina kreativiti dan letakkan visi artistik anda dalam dimensi baru.

Fungsi S Pen juga telah ditingkatkan engan pelbagai koleksi berus dan pena yang beraneka pilihan dari kesan neon sehingga efek titisan air dengan variasi warna dan tekstur untuk dipilih.

Anda mampu hasilkan AR Doodle semudah 1,2,3!

Langkah 1 – Lancarkan aplikasi Kamera dan ketik Video pada pilihan mod penggambaran.
Langkah 2 – Ketik ikon AR Doodle dan pilih mod yang anda mahu. Apabila kamera mengesan subjek, ruang fungsi akan muncul pada skrin.
Langkah 3 – Tulis atau lukis di ruang fungsi yang disediakan. Jika anda ketik ikon Rakam dan kemudian mula doodle, anda boleh merakam diri sendiri. Ketik ikon henti untuk berhenti merakam video.

Dikongsikan tiga (3) cara yang mampu memberi keseronokan media sosial anda melalui fungsi AR!

Tidak jumpa imej GIF atau pelekat yang anda inginkan? Jom bina sendiri!

AR Doodle filmed by Galaxy Note10+, credit to JinnyBoy @jinnyboy and Michelle Ng @michellekoibito

Kini anda boleh hasilkan pelekat dan GIF anda sendiri untuk menyatakan perasaan anda.

Jika anda kreatif, hasilkan dan tampil dengan tema mengikut keadaan cuaca atau destinasi yang berbeza – menggunakan kesan titisan air untuk kesan basah dan hujan, efek salji semasa musim Krismas atau efek berus neon terang apabila waktu malam.

AR Doodle filmed by Galaxy Note10+, credit to Marianne Tan @mariannetpy

Tambah efek khas dalam imej swafoto anda

Daripada asyik menggunakan filter, adalah lebih istimewa dan kreatif dengan menghasilkan kesan yang lebih menonjol dengan AR-makeover, anda boleh jadi watak animasi kegemaran anda? atau hasilkan kesan atau nota istimewa kepada orang tersayang.

Anda juga boleh memberi kejutan kepada si dia dengan nota cinta AR, kerana dengan Galaxy Note10 | 10+ anda mampu menghasilkannya!

AR Doodle filmed by Galaxy Note10+, credit to Marianne Tan @mariannetpy

Bina kesan seni 3D

AR Doodle filmed by Galaxy Note10+, credit to Marianne Tan @mariannetpySebaik sahaja anda membiasakan diri dengan AR Doodles, anda mampu menghasilkan kesan 3D sendiri. Dengan menggabungkan garis dan lukisan objek melalui perspektif dan penampilan berdasarkan bagaimana anda berinteraksi dengan telefon semasa membinanya.

Dengan kreativiti sudut kamera serta perspektif yang anda gunakan, anda boleh mencipta ilusi seni 3D walaupun hanya dengan garisan asas – cara yang menarik untuk menghasilkan seni silap mata.

Lawati Samsung Experience Store hari ini dan rasai pengalaman AR Doodle yang ada pada Galaxy Note10|10+. Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Note10|10+, lawati https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note10/.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!