3 Permainan Terhangat 2021 Yang Dinantikan Peminat
Share

Tahun ini mungkin satu tahun yang kurang gembira bagi sesetengah orang tetapi ianya juga tahun yang ditunggu oleh Gamer di seluruh dunia kerana terdapat permainan hangat yang bakal dilancarkan di pasaran tidak lama lagi.
Sudah pasti ramai yang tidak sabar dan menantikan keluaran permainan tersebut lalu ingin merasai pengalaman bermain dan merasai pengembaraan yang mendebarkan.
Jadi penulis akan senaraikan tiga permainan yang dijangka akan keluar tahun ini, namun seandainya pandemik semakin teruk jadual pengeluaran mereka mungkin akan ditangguhkan dahulu.
1. Horizon Forbidden West

– Horizon Forbidden West; Thegamewards –
Peminat permainan Horizon di PlayStation pasti menantikan “sequel” terbaru mereka ini. Konsep permainan kali ini memberikan pemain sebuah penggembaraan seorang pemburu muda yang perlu mencari sumber wabak misteri yang mematikan serta membongkar pelbagai misteri lama sepanjang perjalanan cerita.
Permainan Horizon memang sangat unik dengan grafiknya yang menakjubkan dan paling penting ianya beri anda satu pengalaman seakan berada di dunia tersebut. Permainan ini akan dilancarkan oleh Sony pada pertengahan 2021 dan boleh dimain menggunakan PS4 atau PS5.
Jangan lepaskan peluang anda untuk dapat permainan ini secara nyata atau muat turun sahaja di PlayStation anda !
2. Hogwarts Legacy

– Hogwarts Legacy –
Cerita pasal Hogwarts mesti ramai yang teringat permainan dan cerita tentang Harry Potter kan?
Tetapi ianya bukanlah seperti yang disangkakan sebaliknya permainan ini akan mengikuti konsep cerita Fantastic Beast iaitu pemain akan kembali ke abad 19 di mana tahun tersebut masih belum diceritakan mengenai Harry Potter.
Pemain boleh mencipta watak mereka sendiri dan merasai perjalanan sebagai seorang ahli sihir dan bermain dengan magik. Permainan ini boleh dimainkan menggunakan konsol permainan PlayStation dan Microsoft.
3. 12 Minutes
Anda peminat permainan misteri, jenayah dan penyiasatan? Jadi permainan sangat sesuai untuk anda kerana ia berkonsepkan perjalanan dan sekatan waktu. Anda sebagai pemain perlu menyelesaikan satu kes pembunuhan dengan menavigasi kitaran 12 minit untuk menyelesaikan misteri tersebut.
Permainan ini akan hadir pada tahun ini dan boleh dimainkan menggunakan konsol Windows dan konsol Xbox tertentu sahaja.
– عرض اخر للعبة "12 minutes " pic.twitter.com/oo7pnPTxpe
— تشامب + (@ChampVG) August 28, 2020
Namun dilaporkan masih banyak lagi permainan baru yang bakal dikeluarkan untuk peminat di luar sana. Anda hanya bersabar dan menantikan berita selanjutnya.
[Sumber: Malaymail]