3 Tip Berguna Untuk Mereka 'First Time' Beli Barang Secara Online

Type to search

E-Com ecommerce

3 Tip Berguna Untuk Mereka ‘First Time’ Beli Barang Secara Online

Share

Pada era digital sekarang ini, makin ramai yang berjinak untuk membeli barang secara atas talian tetapi tidak tahu cara yang betul dan tip yang berguna agar tidak mudah ditipu.

Antara platform yang anda boleh cari ialah seperti Shopee, Lazada dan e-bay. Ini antara tempat yang sering menjadi tumpuan orang ramai ketika hendak beli barang secara online. Akan tetapi terdapat pro dan con apabila kita hendak membeli barangan di Shoope dan Lazada.

Kebaikannya ialah barangan tersebut agak murah dan sering mendapat tawaran menarik tetapi keburukkan ialah barang tersebut tidak semestinya asli atau ianya sekadar produk tiruan dan ia sering memancing pembeli yang inginkan barangan yang murah.

Jadi tip ini mungkin berguna bagi pemula yang ingin mencuba membeli secara online tetapi tidak ingin ditipu.

1. Periksa Harga

Pastikan anda memeriksa harga yang diberi adakah ianya setimpal dengan barang yang dijual. Anda perlu ingat harga yang murah dan rendah bukan bermakna ia merupakan pilihan terbaik untuk anda. Adakalanya harga yang rendah itu tidak menjamin kualiti barangan tersebut dan ia sekadar pembaziran wang sahaja.

Berguna

Bandingkan harga dari kedai-kedai yang menjual produk tersebut dari segi harga dan saiz yang ditunjuk oleh mereka. Jika terdapat satu kedai yang menjual dengan harga yang rendah dari kedai yang lain, ia amat mencurigakan dan tidak perlu anda untuk membeli darinya.

2. Kenalpasti Produk

Cuba buat kajian dan fahami dahulu mengenai produk tersebut. Setengah kedai mereka memang menggunakan gambar produk yang asli tetapi apabila sampai ke tangan anda ianya 100% berlainan.

Anda boleh Google produk tersebut dan bandingkan bagaimana rupa bentuk, jenis, harga yang sepatutnya dan pelbagai aspek lain.

Dari situ anda akan lebih berhati-hati apabila membeli secara atas talian. Cuba berinteraksi bersama penjual tersebut dan minta mereka tunjukkan gambar yang sebenarnya atau boleh menanyakan mengenai produk tersebut.

Apa ciri-cirinya, bahan yang digunakan atau cara membuatnya. Jika terdapat sebarang keraguan, anda sebagai pembeli yang sudah khatam dengan produk tersebut dengan mudahnya tidak terpedaya tentang produk yang dijual.

berguna

3. Reputasi Kedai & Ulasan Pembeli

Selalunya bagi anda yang ingin membeli secara atas talian, periksa dahulu reputasi kedai tersebut. Adakah ianya dipercayai ramai dan berbaloi serta lihat ulasan dari pembeli.

Anda boleh membaca ulasan mereka beserta gambar yang mereka sediakan. Dari situ anda boleh menilai sendiri adakah mereka wajar dipercayai ataupun tidak.

Anda juga boleh membandingkan gambar yang diberi pembeli dan gambar dari penjual. Tapi perlu diingatkan terdapat juga penjual yang tidak bertanggungjawab memanipulasi ruangan ulasan tersebut dengan menambah ulasan yang positif bagi menaikkan kedai mereka.

Untuk lebih selamat cuba membeli dari kedai yang sudah beroperasi lebih dari setahun kerana ulasan mereka lebih adil dan tidak meragukan.

Semoga tip ini membantu dan berguna untuk anda di luar sana agar tidak mudah ditipu dan tertipu dengan penjual di paltform online.

[Sumber: Soya Cincau]

Baca juga: Berhati-hati ketika membeli 3 barang ini secara online

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!