4 Aksesori Kereta Yang Anda Boleh Beri Kepada Kesayangan Anda Sempena Krismas );

Type to search

E-Com Gajet

4 Aksesori Kereta Yang Anda Boleh Beri Kepada Kesayangan Anda Sempena Krismas

Avatar
Share

Bersempena dengan perayaan Krismas esok, anda bolehlah membeli aksesori kereta dengan tawaran harga di setiap premis yang menawarkannya. Anda juga boleh memberi aksesori tersebut sebagai hadiah kepada kesayangan anda.

Aksesori kereta ini tidak terhad kepada lelaku sahaja malah ia juga berguna bagi wanita kerana ia mungkin dapat membantu mereka dalam perjalanan.

1. Dashcam

Aksesori ini sudah menjadi satu kewajiban bagi pegguna kereta di seluruh dunia. Ini kerana ia boleh merakam segala kejadian di atas jalan raya atau apa yang berlaku di depan kereta anda.

Ia juga berfungsi sebagai bukti seandainya anda dianiaya di atas jalan raya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Phone Mount @ Phone Holder

Sekiranya pasangan atau anda sendiri jenis yang mudah tersesat dan tidak ingat jalan, anda bolehlah beli phone mount ini supaya ia memudahkan perjalanan anda.

black Samsung smartphone displaying soft punk text

Anda hanya perlu meletakkan telefon anda di situ dan membuka aplikasi waze supaya memudahkan penglihatan anda jadi perjalanan anda menjadi lebih senang.

3. Phone Charger

– Car phone charger; Nokia

Kebanyakkan kereta masih tiada lagi tempat untuk anda mengecas telefon sekiranya anda tidak membawa power bank bersama. Walaupun ia tidak memberi kesan pengecasan yang agak laju tetapi cukup sekadar telefon anda berfungsi sekiranya apa-apa berlaku sepanjang perjalanan.

4. Filem Pelindung Cermin Sisi

Selalu kita lihat di Facebook atau Twitter ada video yang menayangkan tentang sebuah filem yang bertindak sebagai pelindung cermin sisi kereta kita.

Filem tersebut sangat berguna kerana ia mampu memberi kita penglihatan yang jelas ketika ada motor yang membawa laju lalu membasahkan cermin sisi kereta sehingga menyukarkan kita melihatnya.

Semoga pembaca dapat manfaat dari artikel ini dan memikirkan keselamatan dan kemudahan pasangan atau anda sendiri ketika membawa kereta ke mana sahaja. Juga berhati-hati di musim perayaan Krismas dan musim wabak Covid-19 ini.

[Sumber: Top Gear]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!