4 Aplikasi Muzik Yang Korang Boleh Guna Selain Spotify );

Type to search

Apps E-Com

4 Aplikasi Muzik Yang Korang Boleh Guna Selain Spotify

Share

Semalam peminat K-Pop dilanda kesedihan disebabkan banyak lagu daru artis kegemaran mereka tiada lagi dalam senarai main Spotify. Tetapi jangan risau sebab banyak lagi platform muzik yang korang boleh guna.

Semua mesti tahu yang Spotify boleh dikatakan lengkaplah senarai main lagu dari artis-artis yang menggunakannya.

Sebab tu Spotify selalu jadi aplikasi muzik top dalam carta tetapi jangan diabaikan beberapa apilkasi muzik yang korang semua boleh gunakan.

1. JOOX

Muzik

Siapa je yang tidak kenal dengan aplikasi muzik satu ni. JOOX pun boleh tahan terkenal juga dalam kalangan pendengar muzik. Banyak juga artis yang kolaborasi dengan JOOX untuk membuat live ataupun muzik cover. Pengguna iOS ataupun Android boleh muat turun secara percuma.

2. Google Play Music (Android)

Yang ni pengguna Android mesti tahu sebab dalam telefon mereka mesti dah ada cuma jarang untuk orang gunakan. Admin pun masih kekok lagi nak guna, maklumlah dah terbiasa guna iOS..

Walau bagaimanapun, korang boleh cuba guna aplikasi ini sebab banyak lagu yang dah update dan sentiasa mengikuti peredaran semasa.

3. Deezer

Admin yakin mesti ramai yang tak pernah dengar atau tak pernah tahu pun yang aplikasi ni wujud. Secara jujurnya admin sendiri pun terkejut lepas terjumpa aplikasi ni. Cumanya kalau korang nak dengar tanpa ganggua iklan korang kenalah beli premium dia dulu.

4. YouTube Music

aplikasi

YouTube Music ni lain dari aplikasi YouTube yang kita selalu guna. Aplikasi ni lebih kepada penggunaan muzik dan korang tak boleh nak tonton drama atau anime. Lagu-lagu yang dia sediakan pun sememangnya lagu yang sedia ada dalam YouTube sendiri jadi ia memang sesuai untuk korang download dan guna.

[Sumber: JalanTikus]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!