4 Sebab Perniagaan Kecil Perlu Tahu Tentang Digital Marketing - Verst E-Com

Type to search

E-Com ecommerce Pilihan E-Com Pilihan Editor

4 Sebab Perniagaan Kecil Perlu Tahu Tentang Digital Marketing

Share

Digital Marketing adalah penting untuk perniagaan kecil kerana ia membantu mendapatkan lebih banyak “leads” dan keupayaan menjual produk/servis anda dengan lebih cepat pada kadar kos yang lebih rendah daripada ‘traditional marketing’.

Apa yang anda perlu tahu adalah data yang dihasilkan melalui digital marketing atau platform digital boleh membantu menaikkan keupayaan perniagaan anda.

Tapi, kenapa digital marketing sangat penting untuk peniaga-peniaga kecil pada zaman ini? dan bagaimana digital marketing ini boleh mengubah cara menjual dan membeli?

Apa beza digital dan tradisional? Disini team ECOM melalui platform Verst nak kongsikan 4 Sebab Perniagaan Kecil Perlu Tahu Tentang Digital Marketing.

1) Digital Marketing lebih mampu belanja berbanding Tradisional Marketing

Melalui pemahaman kami, tak semua peniaga kecil mempunyai modal yang tinggi atau besar untuk melakukan kegiatan marketing. Lebih lagi dengan kos tradisional marketing yang tinggi dan mampu cecah harga ratusan ribu.

Tiada mana-mana peniaga kecil yang mampu nak buat iklan menggunakan radio, billboard, majalah, ataupun TV bukan?

Dengan menggunakan platform digital marketing, anda dapat mengurangkan kos tapi dalam masa yang sama perniagaan anda mampu untuk pergi lebih jauh dengan kos rendah, tetapi lebih efektif? Siapa yang tidak mahu.

2) Digital Marketing Fokus Terus Kepada ‘Target Audience’ Anda.

Salah satu sebab mengapa digital marketing dah “take over” traditional marketing adalah disebabkan digital marketing boleh mensasarkan secara terus kepada target audience anda.

Bila anda melakukan pengiklanan menggunakan platform di Facebook atau Portal, anda boleh sasarkan secara spesifik pengguna yang akan menggunakan produk anda. Peluang untuk ‘close deal’ pun akan jadi lebih tinggi!

Anda boleh mengurangkan kos sekiranya anda dah tahu siapa target audience anda. Jika iklankan di Facebook Ads tanpa ada target audience, ianya sama sahaja dengan menggunakan platform tradisional marketing.

Disamping menggunakan portal dimana ia mampu memberi lebih marketing secara ‘content’ dengan menyediakan kandungan artikal, ia juga boleh dijadikan bahan untuk dipromosikan melalui facebook juga.

Dengan kaedah ‘content’ yang lebih fokus audience berbanding pengiklanan melalui platform traditional.

3) Digital Marketing lebih dekat dengan pengguna

Sebagai pemilik atau founder kepada perniagaan, anda mesti mahu lebih rapat dengan pengguna kan? Bagusnya apabila anda menggunakan digital marketing, anda boleh terus berhubung secara terus dengan audience melalui media sosial seperti Facebook, Portal, Instagram, mahupun Twitter.

Disini juga anda boleh tanyakan pendapat dan terima feedback dari mereka untuk menambah baik perniagaan anda. Bayangkan kalau anda menggunakan TV atau radio, bagaimana anda nak tahu siapa yang akan lihat atau dengar tentang produk anda? Tidak salah untuk menggunakan platform TV atau radio, tapi dari segi kos, ia adalah lebih tinggi berbanding menggunakan platform digital.

4) ROI Terbaik Untuk Anda

Pemasaran melalui e-mel mempunyai ROI tertinggi bagi setiap kaedah pemasaran. Ia boleh memberi pulangan sehingga 3800%. Anda boleh memperolehi RM38 untuk setiap RM1 yang anda belanjakan. Kira-kira 20% syarikat melihat ROI penting dalam perbelanjaan.

Tetapi anda memerlukan satu cara untuk membina senarai e-mel dengan pelanggan yang berkualiti. Kemudian anda baru boleh sampaikan kandungan yang sangat relevan kepada peti masuk e-mel pelanggan.

Perkara ini mampu dicapai melalui gabungan pemasaran media sosial dan pemasaran kandungan (strategi pemasaran jangka panjang). Kaedah pemasaran ini mempunyai ROI tersendiri.

Pemasaran kandungan boleh menjana 3X ‘leads’ untuk kira-kira 62% kurang daripada pemasaran tradisional. ‘Leads’ yang dimaksudkan bukan hanya tentang trafik laman web. Ini adalah orang yang mungkin akan membeli produk anda dan menjadi pelanggan setia sambil membina rangkaian hubungan.

ROI media sosial boleh menjadi secara tidak langsung pada masa-masa tertentu. Tetapi menurut kajian Forbes, didapati bahawa syarikat-syarikat yang menggunakan media sosial mengungguli 78% pasaran daripada perniagaan yang tidak menggunakan media sosial.

IBM mendapati bahawa ‘leads’ yang datang melalui media sosial adalah 7X lebih cenderung menjadi pelanggan yang membayar. Dengan anda berbelanja juga berkemungkinan dapat memberi hasil melalui orang yang tidak akan menjadi pelanggan yang membayar.

Sebagai perniagaan kecil, keberkesanan kos adalah keutamaan anda. Anda perlu meningkatkan kekuatan kewangan ketika perniagaan anda berkembang. Setiap ringgit yang anda belanjakan adalah penting dan anda perlu tahu ia akan menyediakan anda dengan ROI.

Itulah pentingnya pemasaran digital untuk perniagaan kecil.

Jadi, ini antara 4 sebab kenapa peniaga kecil perlukan digital marketing. Banyak lagi kebaikan menggunakan digital marketing yang anda perlu tahu, penggunaan digital marketing ini bukan sahaja pelaburan yang bijak tetapi juga antara saluran marketing yang berkesan yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!