5 Jenis Barang Boleh Dijual Secara Online Sepanjang PKP
Share

Semenjak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula awal tahun lepas, ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan ingin mencuba menjual produk dan barangan secara online.
Tetapi ramai yang masih kurang tahu produk apa yang sesuai untuk dijual dan tidak merugikan diri sendiri.
Penulis akan senaraikan lima jenis produk atau barangan yang sesuai untuk dijual secara online dan memudahkan anda serta mendapat perhatian orang ramai.
1. Makanan Frozen
Sekarang ramai yang ingin membeli sesuatu yang mudah tetapi sedap untuk dimakan. Mereka tidak mahu membazir masa membuat sesuatu yang merumitkan mereka sehingga kadang-kala tidak menjadi.
Contoh makanan frozen yang boleh dijual ialah seperti karipap, popiah, pau, roti canai dan banyak lagi. Pelanggan hanya perlu panaskan atau goreng sahaja selepas beli. Anda boleh dapatkan makanan tersebut melalui stokis atau buat sendiri.
Makanan frozen memang antara produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan terutama ibu-ibu dan pelajar.
2. Chocojar
Sudah banyak variasi chocojar yang dijual secara atas talian sama ada produk sendiri atau yang dijual melalui agent. Kudapan ini sering menjadi permintaan tinggi dalam kalangan remaja, pelajar atau anak-anak kecil.
Ia juga sesuai untuk dijual oleh para pelajar kerana mereka hanya perlu mengambil stok dan simpan dalam kotak atau almari tanpa perlu menyusahkan diri mereka. Harganya juga mampu dimiliki oleh ramai orang dan sesuai untuk dimakan pada setiap waktu.
3. Produk FANDOM

Contoh produk FANDOM anime
Ya jangan terkejut kerana produk FANDOM juga antara produk yang mempunyai permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan fanatik dan peminat.
Mereka yang membeli barangan ini selalunya dari peminat anime, k-drama, k-pop, peminat j-pop, peminat thai drama dan banyak lagi. Jangan terkejut kalau anda boleh dapat keuntungan yang agak luar biasa kerana peminat ni agak banyak dan ramai.
4. Tudung

Contoh tudung yang boleh dijual
Tudung merupakan antara keperluan asas bagi para wanita tidak mengira usia. Kadang bukan sahaja perempuan yang beli, tetapi lelaki juga sering beli untuk teman wanita, isteri malah hadiah untuk si ibu. Sudah banyak produk tudung yang terkenal anda boleh cari untuk menjadi agent.
5. Skincare/Kosmetik

Contoh produk kosmetik
Siapa yang tak nak cantik dan nampak lebih menawan? Produk kosmetik atau skincare sangat hangat di pasaran malah ramai juga pelajar dan mereka di luar sana berebut-rebut menjual produk mereka.
Tidak kira lelaki atau perempuan, anda boleh sahaja menjula kedua jenis produk kecantikkan ini kerana kecantikkan tidak mengira jantina dan usia. Ramai sahaja di luar sana yang nak cantik tetapi tidak tahu cara atau produk yang betul.
Tetapi pastikan produk yang anda jual itu tidak mengandungi bahan merkuri dan selamat untuk dipakai oleh semua orang sehingga tidak menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan.
Ini antara produk/barangan yang boleh dijual oleh mereka yang baru berjinak dalam dunia bisnes tidak kira secara fizikal atau online. Semoga segalanya dipermudahkan untuk anda!