5 Kesalahan Sering Dilakukan Oleh Peniaga Bisnes Online Dari Rumah );

Type to search

5 Kesalahan Sering Dilakukan Oleh Peniaga Bisnes Online Dari Rumah

E-Com ecommerce

5 Kesalahan Sering Dilakukan Oleh Peniaga Bisnes Online Dari Rumah

Avatar
Share
berguna

Sekarang ramai yang sudah memulakan dan menceburi bidang bisnes online dari rumah. Tidak kira yang dewasa atau masih belajar, namun kebanyakannya masih kurang peka atau sering melakukan kesalahan ketika melakukan perniagaan dari rumah.

Apatah lagi dengan peningkatan kes covid-19 menyebabkan ramai yang kehilangan punca pendapatan sehingga terpaksa melakukan inisiatif baharu tetapi masih ragu-ragu dan tidak mendalami ilmu perniagaan secara mendalam.

Perkara ini juga menyebabkan ramai yang terpaksa menghadapi kegagalan dan kerugian. Jadi mari kenali lima jenis kesilapan yang sering dilakukan.

1. Tiada Ilmu Copywriting

Copywriting dalam perniagaan tidak kira online ataupun tidak sangat memainkan peranan yang penting kerana ia mampu menarik pelanggan kita atau tidak.

Penggunaan copywriting yang betul dapat memberi anda sebuah peluang yang baik dalam bisnes online ini kerana pelanggan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai barang yang anda jual.

Jika anda terlalu fokus untuk menunjukkan gambar sahaja, pelanggan akan merasa bosan dengan teknik anda. Jadi cuba pelajari penulisan yang dapat memberi impak kepada emosi serta perhatian pelanggan.

black and gray Asus laptop near white ceramic mug and black wireless mouse on table

2. Campur Facebook Bisnes & Peribadi

Ramai peniaga bisnes online sering mencampur adukkan facebook bisnes mereka dengan peribadi. Perkara ini sangat salah dan tidak profesional kerana pelanggan akan rimas dan tidak berminat.

Mesti ramai yang berfikir bahawa menggunakan facebook peribadi sangat efektif kerana di situ sudah ramai pengikut tetapi sehingga mereka merasa leceh untuk mencari pengikut baharu.

Menggunakan facebook peribadi sebagai platform bisnes online membuatkan pelanggan pening dengan kehidupan anda, kerana mereka akan melihat posting anda yang mengarut tetapi ada posting mengenai barang yang anda jual.

Ianya menyukarkan mereka untuk melihat dengan selesa dan tidak bercampur aduk dengan yang lain. Jadi pelanggan lebih fokus kepada barang yang anda jual sahaja.

Web Desain, Facebook, Halaman Facebook

3. Tiada Target Pelanggan

Melakukan bisnes online ini perlu memikirkan siapa target “audience” anda, adakah mereka sesuai dengan barang yang anda jual dan harganya mampu dimiliki oleh mereka.

Anda tidak boleh secara sewenang-wenangnya menjual tanpa arah tujuan. Jika anda sudah tahu siapa target anda, ianya menjadi lebih mudah untuk anda menarik perhatian mereka.

4. Kurang Engagement Bersama Pelanggan

Anda sebagai penjual perlu lebih kreatif dalam percubaan menarik pelanggan dan berinteraksi dengan mereka di laman media sosial.

Anda tidak menggunakan facebook bisnes anda dalam haluan yang betul. Cuba hiasi laman facebook anda dengan posting yang membuat mereka tidak sabar untuk membeli dengan anda atau membuat satu posting yang membolehkan mereka lebih erat dengan anda.

5. Tidak Beretika Dalam Berbisnes

Kesilapan ini sering dilakukan oleh mereka yang tidak yang tidak mempunyai ehsan atau simpati dengan orang lain. Tindakan yang sering anda lakukan ialah mencuri idea ataupun copywriting peniaga lain tanpa kebenaran mereka.

Anda juga mungkin sering merendahkan produk lain dengan mengatakan produk mereka itu tidak berkesan atau ianya sekadar MLM. Perkara ini menujukkan bahawa kurangnya ilmu dan “common sense” dalam diri anda.

Jika anda ingin lebih berjaya cuba ubah semula perangai dan tindak-tanduk anda yang mungkin menjatuhkan anda sebagai peniaga bisnes online.

[Sumber: Richworksnow]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!