5 Negara Berlumba Untuk Bina Rangkaian 6G - E-Com );

Type to search

E-Com

5 Negara Berlumba Untuk Bina Rangkaian 6G

Share

5G adalah teknologi dengan kepantasan luar biasa, tetapi banyak peluang masih terhidang bagi dunia menguasai dan memiliki teknologi baru. Pergeseran geopolitik telah menyaksikan beberapa negara meninggalkan negara pembuatan iaitu negara China dari rangkaian 5G mereka dan dalam pertempuran seterusnya, proses membina dan menerajui 6G sudah bermula. Berikut adalah lima negara yang bakal menerajui sistem ini.

negara

China

China memulakan penyelidikan 6G pada 2018 dan merancang untuk melancarkannya sekitar tahun 2029. Pada akhir 2020, mereka melancarkan satelit untuk menguji penghantaran isyarat terahertz. Huawei dan ZTE terlibat pada fasa ini dan terakhir syarikat China Unicorn.

Menurut Sydney Morning Herald, pihak berkuasa China telah mengajak Australia untuk berunding, dengan menegaskan bahawa ia akan menjadi pemimpin dalam teknologi 6G.

Amerika Syarikat

Bertekad untuk tidak ketinggalan, AS juga telah memulakan penyelidikan 6G pada tahun 2018 dengan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) membuka spektrum frekuensi yang lebih tinggi untuk penggunaan eksperimen. A Next G Alliance telah dimulakan pada tahun 2020, antara syarikat yang terlibat adalah Apple, AT&T dan Google.

Korea Selatan

Walaupun Korea Selatan memulakan penyelidikan lebih awal daripada China dan AS, ia yakin dengan rancangan pelancarannya yang menyebut tahun 2026 sebagai tarikh keramat teknologi 6G bermula, tiga tahun sebelum China.

Seperti Amerika, pemain teknologi terbaik Korea telah menjalin kerjasama pembangunan. LG, Samsung dan SK Telecom semuanya terlibat dengan negara ini melabur $ 11.7 bilion untuk mengembangkan ekonomi digital yang merangkumi 6G.

Jepun

Masih dalam peringkat awal, Jepun mula meneliti 6G pada tahun 2020 tetapi berhasrat untuk melancarkan teknologi data mudah alih generasi berikutnya pada tahun 2030.

Seperti Korea Selatan, pihak kerajaan telah meletakkan nilai pembangunan $ 9.6 bilion (yang merangkumi teknologi lain termasuk 6G) . Sony, NTT dan Intel bertungkus-lumus menaikkan teknologi ini di Jepun.

Kesatuan Eropah (EU)

Program EU 6G bukanlah gabungan kerjasama semua negara, Nokia dari Finland mengetuai penyelidikan rasmi mengenai Hexa-X 6G pada tahun 2020. University of Oulu, juga di Finland, menumpukan sebanyak $300 juta untuk program 6G. Sementara di Jerman, Next Generation Mobile Networks Alliance melancarkan projek penyelidikan 6G pada tahun 2020 dimana pihak kerajaan menjanjikan bantuan.

Di luar blok EU, tetapi masih di Eropah, University of Surrey (UK) melancarkan Pusat Inovasi 6G pada tahun 2020 sambil Institut Sains dan Teknologi Skolkovo dari Rusia telah mengumumkan bahawa ia telah mencipta peranti yang dapat membantu mengembangkan komponen sistem 6G.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!