5 Penapis Udara Harga Bawah RM 400, Wajib Anda Beli );

Type to search

E-Com Review

5 Penapis Udara Harga Bawah RM 400, Wajib Ada di Setiap Rumah

Rizal Zainal
Share

Bila sebut pasal penapis udara je mesti anda akan terfikir mahal, bayaran ansuran, gaji rendah dan banyak lagi kan? Pendek kata semua berkaitan dengan duit la…  Tapi anda silap, sebenarnya ada banyak jenis penapis udara yang bagus dengan harga yang berpatutan.

Ini antara 5 penapis udara yang ramai tak tahu, tapi berkualiti tinggi dan yang paling penting harga mampu milik.

Penapis

HEPA Filter Touch Ionizer Air Purifier

Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kucing ataupun haiwan berbulu, penapis udara ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Pastinya bau kucing ataupun najis mereka mengambil masa yang lama untuk dihilangkan, maka penapis udara dengan filter HEPA ini merupakan 100% bebas ozon dan juga mampu menangkap semua kekotoran yang tidak elok di udara.

Penapis

 Negative Ions Air Purifier

Penapis udara ini sesuai untuk membasmi bau asap rokok. Penapis udara ini juga didatangi dengan berat yang ringan serta menghasilkan bunyi yang senyap. Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda yang merokok, beli sahaja penapis udara ini, pasangkan di hadapan mereka… maka selesailah masalah bau rokok di rumah.

Penapis

. Sharp FPF40LW Plasma Cluster Air Purifier

Penyakit resdung mempunyai alahan yang sangat kuat terhadap habuk, kuman dan bakteria. Maka dengan itu, penapis udara Sharp FPF40LW Plasma Cluster ini mampu menyelesaikan segala masalah di atas hanya dengan menggunakan air. Lebih menarik lagi, ia tidak menggunakan sebarang penapis, jadi tidak perlulah keluarkan kos untuk ganti penapis pada setiap bulan.

Penapis

Xiaomi 70mai Car Air Purifier Pro

Selain daripada kegunaan di bilik, udara di dalam ruangan kereta juga sangat penting bagi memastikan perjalanan kita ke suatu destinasi itu selesa dan nyaman tanpa sebarang bau asap dan kotoran dari luar kereta. Penapis udara ini mempunyai fungsi double fan yang membolehkan pembersihan udara dilakukan hanya dalam masa 3 minit.

Penapis

Sharp PlasmaCluster Air Purifier (FPJ30LB)

Saban tahun, musim jerebu pasti hadir. Untuk itu, sebagai langkah persediaan, bolehlah dapatkan penapis udara ini kerana ianya dilengkapi dengan fungsi kawalan jerebu. Dengan teknologi Plasmacluster, asap tebal jerebu mampu ditapis serta dapat mengekalkan kelembapan ruang bilik pada suhu yang selesa.

Jadi apa tunggu lagi? Dengan kos perbelanjaan di bawah RM 400 sahaja anda suda boleh memiliki sebuah penapis udara. Siapa kata perlu buat bayaran secara ansuran? Anda hanya perlu buat pilihan yang bijak.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!