Rangkaian 5G Korea Selatan 50 Kali Ganda Lebih Laju Dari Malaysia );

Type to search

E-Com Tech

Rangkaian 5G Korea Selatan 50 Kali Ganda Lebih Laju Dari Malaysia

Share
5G

Korea Selatan ialah negara pertama yang melancarkan rangkaian 5G komersial dunia pada Disember 2018.

Selepas hampir tiga tahun menikmati rangkaian selular generasi tertinggi, Korea Selatan kini adalah negara dengan kelajuan 5.G purata tertinggi dunia yang mencecah 499.31 Mbps menurut laporan Speedcheck.org.

Ia jauh meninggalkan Taiwan yang di tangga kedua yang hanya menawarkan kelajuan purata 5.G 135.36 Mbps dan UK di tangga ketiga dengan kelajuan 126.49 Mbps.

Negara Asia Tenggara dengan kelajuan 5G tertinggi ialah Singapura (47.42 Mbps) diikuti oleh Thailand (37.5 Mbps).

KOREA
infografik
Infografik Speedcheck mengikut kelajuan internet 5G di setiap negara.

Malaysia masih belum menawarkan rangkaian 5.G tetapi menurut angka terkini Speedtest pada Mei lalu, kelajuan purata muat turun 4G di Malaysia ialah 10.343 Mbps sahaja.

Ini bermakna kelajuan muat turun purata 5G di Korea Selatan adalah 48.38 kali ganda lebih laju berbanding di Malaysia.

Dengan penangguhan beberapa kali, kami hanya boleh berharap 5.G akan akhirnya dilancarkan di Malaysia pada penghujung 2021.

Tetapi melihat kepada isu yang berbangkit ketika pandemik ini, isu di Malaysia sebenarnya bukanlah kelajuan tetapi kos data yang masih tinggi bagi golongan kebanyakan dan keperluan 4G ditawarkan dengan lebih meluas ke kawasan luar bandar.

[Sumber: SpeedCheck]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!