6 Tip Elak Ditipu Peniaga Online - E-Com );

Type to search

E-Com ecommerce

6 Tip Elak Ditipu Peniaga Online

Share

Kewujudan media sosial serta platform jualan atas talian membuatkan kita lebih berhati-hati untuk elak ditipu kerana ini telah membuka satu lubuk rezeki yang tidak putus-putus kepada peniaga dan orang ramai yang mula menjadi peniaga online. Malah, kini sudah terlalu banyak lambakan peniaga online sehinggakan pening untuk membuat pilihan. Apa yang boleh dikatakan ialah setiap pembeli akan tertarik dengan kata-kata pujukan daripada peniaga dan pelbagai lagi tawaran menarik.

Dengan peningkatan peniaga online yang bagaikan cendawan tumbuh, terdapat segelintir peniaga online yang akan cuba mengambil kesempatan ke atas pelanggan. Jangan jadikan diri anda mangsa penipuan pembelian online serta anda juga perlu bijak untuk elak ditipu.

Antara kes yang kerap terjadi adalah:

  1. Dah bayar, barang tidak sampai.
  2. Peniaga tidak wujud, akaun PALSU.
  3. Berjanji macam-macam peniaga kepada pembeli, ‘job’ bulan 2 sampai hujung tahun masih tidak siap dan tidak pulangkan duit anda semula.
  4. Janji nak hantar, tetapi masih tidak ada berita
  5. Beli telefon pintar, yang sampai tasbih

Sudah tahun 2020, tetapi masih banyak nerlaku kes penipuan online ini. Disini ingin dikongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh praktikkan untuk elak ditipu oleh peniaga online.

Lakukan beberapa perkara ini terlebih dahulu.

SELIDIK DAHULU LATAR BELAKANG PENIAGA

Cari segala maklumat yang berkaitan atau “stalk” habis latar belakang peniaga. Ketahui dan dapatkan kesahihan maklumat yang diberikan sama ada dari segi nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor akaun bank yang diberikan.

Antara salah satu cara yang anda boleh lakukan ialah dengan ihat ‘page’ Facebook atau laman media sosial yang lain untuk menyelidik dengan lebih lanjut. Sekiranya anda tidak yakin dengan latar belakang peniaga tersebut, JANGAN BELI.

HUBUNGI UNTUK PERTANYAAN

Tidak ada masalah untuk anda menghubungi peniaga secara terus untuk bertanya. Anda harus menjadi pengguna yang bijak, jangan terus membeli tanpa apa-apa pertanyaan kerana sekiranya terdapat masalah kelak anda juga yang harus menanggungnya.

Selain itu, dengan menghubungi peniaga anda boleh mendapatkan maklum balas dan dapat mengesahkan bahawa peniaga tersebut wujud dan bukannya cuba menipu anda. Kalau di shopee dan lazada anda boleh terus mesej penjual untuk memastikan kesahihan maklumat.

RUJUK TESTIMONI ATAU REVIEW DARI PEMBELI

Ini penting. Testimoni atau ‘review’ dari pengguna kerap kali menjadi salah satu modal untuk peniaga melariskan jualan mereka. Lihat dan rujuk testimoni sebagai salah satu panduan kepada anda dalam membuat pertimbangan untuk membeli atau tidak.

Jika di platform seperti shopee dan lazada, anda boleh lihat terus testimoni pembeli serta berapa bintang yang mereka beri. Walaupun kebanyakkan penjual yang bagus pasti mendapat review yang baik, tapi pasti ada satu atau dua yang akan memberi ‘BAD REVIEW’

Elak Ditipu

KENAL PASTI PENIAGA DENGAN TAWARAN YANG MENCURIGAKAN

Pernahkah anda melihat tawaran harga yang sememangnya tidak masuk akal? Malah, ianya jauh lebih rendah daripada harga pasaran? Kadang kala peniaga menggunakan kaedah ini demi menarik perhatian pelanggan. Sekiranya peniaga tersebut dipercayai, anda boleh meneruskan pembelian.

Jika boleh, study dahulu harga pasaran barangan yang ingin anda beli.

TINDAKAN ANDA SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN

Dapatkan tracking number atau resit (sekiranya ada) daripada peniaga secepat mungkin untuk elak ditipu. Sentiasa “keep track” dengan peniaga mengenai barang anda dan juga gunakan “tracking no” yang diberikan.

SEMAK LAMAN WEB UNTUK KENALPASTI SCAMMER

Jika pembeli/penjual tersebut berperangai pelik, terdapat ada beberapa laman web yang anda boleh guna untuk elak ditipu dan lihat sama ada mereka pernah dilaporkan atau tak, iaitu:

  1. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), laman rasmi daripada Polis Diraja Malaysia. Di sini anda boleh semak nombor akaun bank penjual.
  2. SCAM.MY, di mana anda boleh semak nama, nombor telefon, nombor akaun bank. Laman web ini ada lebih banyak rekod berbanding CCID, terdapat senarai scammer dan berapa banyak kes yang pernah dilaporkan oleh setiap orang.
  3. Tipu.my, di mana anda boleh semak nama, nombor telefon, dan nombor akaun bank.
  4. Truecaller untuk semak nombor telefon itu datang daripada negara mana. Terdapat juga paparan pemilik nombor telefon.

Sekiranya anda ditipu, segera membuat laporan polis dan kemukakan segala bukti yang telah anda simpan. Jika di shopee atau lazada atau platform online yang lain, anda perlu nyatakan masalah anda secepat mungkin untuk pemulangan semula wang anda kerana platform ini menyediakan kemudahan tuntutan jika barangan diterima tidak seperti yang dijanjikan.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!