7 Hadiah (Tech Related) Yang Boleh Diberi Kepada Perempuan - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet Pilihan E-Com Pilihan Editor

7 Hadiah (Tech Related) Yang Boleh Diberi Kepada Perempuan

Share

Hadiah adalah pemberian ikhlas dari seseorang untuk yang tersayang atau insan istimewa dalam hidupnya. Ia mampu memberikan mood yang positif kepada si penerima serta membuat mereka merasa lebih dihargai.

Pernah tak korang terfikir untuk berikan hadiah berkaitan teknologi kepada mereka. Ini antara pilihan menarik untuk anda.

1. Smart Display

Smart Display adalah skrin monitor yang dikuasakan beserta pembunyi. Skrin boleh sentuh menjadi fungsi tambahan kepada teknologi produk ini, yang membolehkan pengguna melakukan perkara seperti menonton video dan membuat panggilan video. Seperti pembunyi pintar, paparan ini juga tersambung ke Wi-Fi di rumah anda untuk akses internet.

Contoh : Google Home Hub

2. Smart Jewelry

Teknologi yang boleh dipakai telah menjadi gaya hidup kita dalam pelbagai bentuk. Tidak terfikir perhiasan akan menjadi gadget dan kini ia menjadi lebih daripada sekadar perhiasan cantik.

Perhiasan yang diberi label ‘pintar’ kini boleh berfungsi sebagai tracker aktiviti, monitor tidur, penghilang tekanan atau peranti kecergasan.

Contoh : Bellabeat Leaf Urban and Leaf Chakra

3. Smart Herb Garden

Smart Garden adalah taman tanaman dalaman yang inovatif yang mampu berfungsi sendiri bagi tumbuhan herba, buah-buahan dan sayuran segar untuk anda.

Contoh : AeroGarden Harvest

4. Hybrid Smartwatch

Smartwatch hibrid adalah gabungan antara jam mekanikal biasa dan smartwatch, dimana ia menggabungkan beberapa ciri mekanik yang dimiliki jam tangan tradisional. Ia tidak mempunyai skrin sentuh, tidak memerlukan pengisian bateri setiap hari, dan tidak kelihatan seperti sekeping teknologi.

Contoh : Fossil Carlie with Interchangeable Bezels

5. Therapy Alarm Clock

Terapi cahaya telah lama digunakan untuk merawat pesakit SAD, dan hari ini akses rawatan di rumah melalui jam penggera bangun pagi.

Ia direka untuk membantu jika anda terjaga secara mengejut, dengan penetapan jam penggera, yang akan melepaskan elemen kortisol dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam hormon, yang berpotensi membawa kepada perasaan tidak enak dan inersia.

Contoh : Philips Wake-Up Light Alarm Clock

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!