Acara Baru Permainan Video “Pokemon Sword” dan “Pokemon Shield”
Share

Siapa yang tidak kenal dengan Pocket Monster atau lebih dikenali sebagai Pokemon.
Pada tahun lepas, Nintendo telahpun mengeluarkan sebuah permainan video yang amat dikenali dan diminati oleh seluruh warga di dunia.
Permainan video Pokemon Sowrd dan Pokemon Shield yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia kerana kepelbagaian pokemon dan alur cerita di dalamnya semakin menarik.
Apa yang lagi menarik pada 22 Oktober ini, Pokemon Sword and Pokemon Shield akan mendapatkan expansion pass di mana akan ada para pemain dapat menjelajah ke tempat baru dan bertemu Pokemon baru.
(Kredit: Inverse.com)
Penjelahan baru ini dikenali sebagai POKEMON:THE CROWN TUNDRA di mana akan ada watak baharu dan jalan cerita yang lebih menarik.
Akan terdapat kemunculan Pokemon Lagenda dari daerah Kanto dengan type yang baru.
Mari saksikan trailer dari Pokemon Company tentang acara yang akan berlangsung.