Adakah Bilik Yang Anda Huni Semasa Bercuti Ada Kamera Tersorok? Verst E-Com );

Type to search

E-Com Apps Gajet

Adakah Bilik Yang Anda Huni Semasa Bercuti Ada Kamera Tersorok?

Share

Kamera tersorok merupakan mimpi ngeri bagi para pelancong apabila mereka menempah bilik hotel ataupun Airbnb.

Sebelum ini, banyak kes dilaporkan mengenai kamera tersorok yang diletakkan di dalam kawasan bilik hotel seperti dalam tandas ataupun ruang tamu.

Kewujudan kamera tersorok akan mendatangkan kegelisahan akibat pencerobohan privasi kepada pelancong, ini kerana mereka sentiasa rasa diperhatikan setiap masa.

Kebanyakan kamera tersorok akan diletakkan di perkakasan yang tidak akan menimbulkan keraguan seperti jam, pasu bunga, gambar di dinding dan pelbagai lagi.

Oleh kerana kini terdapat banyak kamera kecil dan boleh dimuatkan di mana-mana sahaja, agak sukar bagi pelancong untuk mencari kamera tersebut.

Namun, ramai kini telah maklum mengenai hal ini dan menunjukkan cara-cara untuk mengesan kamera tersorok.

Ia tidak memerlukan peralatan yang banyak, cukup dengan pengunaan telefon serta pengetahuan sedikit sebanyak mengenai tempat-tempat yang berpotensi besar kamera tersebut diletakkan.

Source: Google

Pemeriksaan Secara Fizikal

Kamera tersorok ataupun kamera sekuriti tidak akan pernah hidup tanpa 3 perkara iaitu:

  • Pemandangan yang luas terhadap apa-apa yang dirakam
  • Cahaya yang cukup untuk merakam
  • Sumber tenaga elektrik

Ada kamera yang boleh diletakkan di dalam dinding ataupun siling, namun untuk melakukan perkara tersebut memerlukan banyak kos dan lebih pengubahsuaian ruang. Untuk jimat masa dan duit, ramai yang akan meletakkannya di tempat atau perkakasan yang tidak akan menimbulkan keraguan.

Disebabkan penggunaan kamera memerlukan sumber elektrik yang berterusan, kebanyakan kamera tersorok akan berada berdekatan dengan kawasan-kawasan yang salurkan elektrik seperti plug elektrik.

Anda juga akan nampak kamera tersebut di kawasan peralatan yang dipasang pada dinding atau siling, kerana ia boleh disorokkan di belakang atau di atas barangan tersebut.

Selain itu, mereka juga akan meletakkan kamera di barangan yang tidak akan disentuh, digerakkan, atau diperhatikan oleh mangsa.

Berikut merupakan tempat-tempat yang mungkin terdapat kamera yang tersorok, jadi anda perlu periksa di kawasan yang mempunyai lubang kecil, kawasan-kawasan yang kecil dan telus dalam exteriors yang kukuh. Antara contoh lokasi kamera tersembunyi:

  • Pengesan asap
  • Wayar penyesuai kuasa
  • Sensor penggera
  • Telefon
  • Meja atau lampu berdiri
  • Cawangan kuasa
  • Jam dinding
  • Cermin
  • Jam penggera
  • Sabun basuh pinggan
  • Pemegang berus gigi
  • Kotak tisu
  • DVD Player atau apa-apa set-top box
Source: Google

Cara Untuk Mengesan Kamera Tersorok Menggunakan Telefon

Jika anda telah cuba cara di atas namun tidak menunjukkan apa-apa yang tersorok, anda kini boleh cuba dengan menggunakan telefon. Terdapat dua cara yang boleh digunakan:

  1. Mengesan rangkaian computer
  2. Menggunakan lampu suluh di telefon dan kamera untuk mengesan secara fizikal

Mengesan Lens Kamera Tersorok

Semua kamera mempunyai lens, dan lens dapat memantul cahaya pada masa tertentu. Jadi, untuk mengesannya ialah tutup semua langsir, tutup lampu biarkan sahaja bilik dalam keadaan gelap. Ini akan memudahkan anda untuk mencari kamera tersorok dengan cepat.

Keluarkan telefon anda dan buka lampu suluh serta kamera. Dengan cara ini, anda dapat mengesan kamera-kamera yang tersorok. Bergeraklah dengan perlahan sambal menyuluh secara perlahan-lahan kerana lens memerlukan posisi yang betul untuk memantulkan cahaya.

Nota: Cara ini tidak akan menjadi keatas kamera yang tersorok di dalam cermin

Mengesan Cahaya Inframerah Dari Kamera Tersorok

Kamera smartphone mempunyai kelebihan dalam mengesan sumber lampu inframerah, tidak seperti mata manusia. Lampu inframerah digunakan dalam pelbagai tujuan termasuklah alat kawalan jauh.

Sama seperti yang kita nampak, ia juga boleh didapati pada kamera sekuriti untuk membenarkan ia bekerja dalam gelap.

Jadi anda boleh menggunakan kamera telefon untuk mengesan kamera yang tersorok di mana cahaya inframerah akan terpancar.

Untuk mengelakkan dari sumber cahaya inframerah muncul di gambar anda pada waktu malam, kamera belakang selalunya mempunyai kebolehan untuk tapis cahaya inframerah manakala di depan tiada.

Anda boleh cuba perkara ini dengan menutup semua lampu, dan meletakkan telefon anda pada selfie mode.

Selepas itu, tunjukkan kepada alat kawalan jauh televisyen menggunakan kamera depan dan tekan mana-mana butang alat tersebut. Jika terdapat satu cahaya yang cerah dan kecil muncul apabila anda menekan butang-butang tersebut, maknanya anda sudah boleh menggunakan cara itu.

Jika semasa anda sedang mengesan dan terdapat cahaya kecil yang sedang bernyala pada skrin telefon tetapi tidak pada mata kasar anda, adalah lebih baik jika anda melihat lokasi tersebut.

Mengesan Rangkaian Untuk Kamera Tersorok

Jika kamera tersorok tersebut disambungkan kepada rangkaian wi-fi yang sama dengan anda guna, terdapat banyak aplikasi telefon yang boleh mengesannya.

Cara ini mungkin akan lebih berkesan di Airbnb berbanding dengan hotel kerana ia mempunyai kurang alat yang disambungkan kepada rangkaian tersebut.

Selepas anda sambung kepada wi-fi, anda buka aplikasi seperti Fing atau WiFiman. Ia sudah terdapat pada ios dan Android, pengunann untuk kedua-duanya adalah sama.

Aplikasi tersebut akan mengesan rangkaian yang anda gunakan dan menunjukkan kesemua alat yang disambungkan kepada rangkaian tersebut. Anda akan nampak nama untuk setiap alat, termasuk dengan perkakasan, alamat IP, pembuatan, nama model, dan ikon yang menunjukkan jenis apa alat tersebut.

Paling kurang, anda akan nampak nama telefon serta tablet atau apa-apa alat yang anda sedang gunakan, selain itu mungkin aka nada nama untuk smart TVs, alat pembesar suara dan lain-lain.

Namun, anda harus perhatikan pada nama, alat dan pembuatan mana-mana yang anda tidak kenal. Sesetengah kamera agak mudah dikesan, manakala yang lain agak susah.

Jika anda ternampak sesuatu yang agak mencurigakan, ambil perhatian terhadap alamat IP yang berkaitan dengan peranti yang anda bimbangkan. Ia akan menunjukkan empat nombor antara 0 dan 254, dalam format seperti 192.168.0.25.

Seterusnya anda buka aplikasi imbasan port seperti Alat Rangkaian HE. Suite diagnostic rangkaian ini boleh melakukan banyak perkara, tetapi yang paling berkesan adalah “TCP Post Scan”. Anda menggunakan scan tersebut dan masukkan alamat IP yang anda telah tulis.

Aplikasi ini akan menunjukkan senarai “port” yang menggunakan alat tersebut, dan apa jenis rangkaian yang selalu digunakan oleh port tersebut. Jika ada port 8o dan 8o8o, maka ia sentiasa digunakan untuk menyediakan akses web.

Jadi, dengan menunjukkan kepada alamat Ip dan port, ia mungkin akan menunjukkan laman sesawang mengenai alat tersebut.

Dengan kemunculan port 554 dan 1935 (video streaming) mungkin menjadi petunjuk bahawa ia merupakan kamera, walaupun alat yang lain mungkin menggunakan port yang sama. Jika anda tidak tahu apa sebenarnya port tersebut, anda boleh sahaja menggunakan Google untuk cari jawapan tersebut.

Rangkaian Lain

Cara paling terbaik untuk meletakkan sekuriti kamera ialah dengan cara meletakkannya pada rangkaian yang khusus dan mempunyai kata laluan yang berbeza.

Oleh kerana ini memerlukan pengetahuan dan kos tambahan, kebanyakkan pemilik Airbnb tidak akan melakukannya, tatapi ada juga yang akan menggunakannya dan ia akan menjadi lebih sukar untuk mengesan kewujudan kamera tersebut.

Pengimbas seperti Fing dan WiFiman akan menunjukkan nama-nama yang rangkaian Wi-Fi yang lain di kawasan itu, bersama-sama dengan kekuatan isyarat mereka. Sebagai syarat umum, isyarat yang lebih kuat bermakna jarak dekat, maka perhatikan apa-apa rangkaian yang diberi nama yang sama dengan isyarat yang sama (atau kuat) daripada yang anda sambungkan.

Selain itu, cuba buat imbasan pada bahagian rumah yang berlainan, ini untuk memastikan ia adalah selamat untuk anda.                                                                                                          

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!