‘AGON by AOC’: Monitor Yang Direka Khas Untuk Kaki Game Di Luar Sana );

Type to search

E-Com Gaming Tech

‘AGON by AOC’: Monitor Yang Direka Khas Untuk Kaki Game Di Luar Sana

Share

Jenama monitor komputer terkemuka dunia, AOC melancarkan ‘AGON by AOC’ sebagai strategi terbaru dalam meningkatkan jenamanya di peringkat global.

Ianya dipercayai dapat memberi manfaat pada semua pemain permainan video terutamanya streamer.

Peningkatan jenama global ini merangkumi pelbagai ekosistem permainan video yang inklusif demi menyokong para pemain di setiap peringkat.

agon

Berdasarkan pengiktirafan oleh penganalisis house IDC, AOC kini menjadi pembekal utama monitor permainan di seluruh dunia mengikut bahagian pasaran.

Pengurus besar MMD Singapura berkata, AOC telah mendengar keluhan dan permintaan daripada pelanggan kami, maka dengan itu ‘AGON by AOC’ akan menawarkan lebih daripada sekadar monitor permainan yang hebat.

agon

“Kami sudah menawarkan persisian dan peningkatan ergonomik yang menyampaikan campuran ketepatan, kecekapan dan keselesaan.

“Dengan cara ini, kami membina ekosistem untuk pelbagai bakat dan komuniti permainan, serta menawarkan pilihan yang lebih besar untuk tahap persaingan bagi menarik sebilangan besar peminat baru setiap hari,” katanya.

Tambahnya lagi, ‘AGON by AOC’ merupakan tindak balas kami terhadap kesedaran bahawa permainan video semakin berkembang dengan cepat dan ianya merupakan masa yang sesuai untuk kita semua.

agon

‘AGON by AOC’ sangat sesuai dengan jenis pemain yang kasual, bertemakan hobi dan dalam masa yang sama menawarkan nikmat permainan sebenar melalui monitor dan aksesori.

Selain itu, pendatang baru kini boleh meningkatkan pelajaran melalui segmen pembelajaran yang merupakan permainan kompetitif yang penting dalam komuniti AGON.

 

Baca: LG Eletronics Malaysia (LG) Umum Ketibaan TV OLED Pertama Di Malaysia

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!