Microsoft Store Keluarkan Had Amaran Simpanan Fail Cyberpunk 2077 - E-Com );

Type to search

E-Com Review

Microsoft Store Keluarkan Had Amaran Simpanan Fail Cyberpunk 2077

Avatar
Share

Reputasi permainan video Cyberpunk 2077, terutama pada konsol semakin menurun. Terbaru ialah pihak Sony telah mengeluarkan permainan video ini dari PlayStation Store selain mengembalikan wang kepada pembeli.

pihak Microsoft belum melakukan langkah tetapi ia menawarkan pengembalian dana, dengan notis di Microsoft Store untuk mereka yang masih membeli bagi Xbox One.

Cyberpunk 2077

Permainan ini telah banyak menerima banyak ulasan positif pada PC walaupun ia teruk dikecam pada PS4 dan Xbox One kerana pepijat prestasi yang teruk. Microsoft, membawa kedua-dua versi permainan di kedai dalam digitalnya sehingga tidak lagi dijual kepada Xbox One, hanya tinggal untuk Windows.

Sony hanya menunggu kemas kini yang dijanjikan pada Februari 2021, baru mereka akan memasukkan semula dalam kedai digital kembali.

Walaupun pemilik konsol tidak dapat merasai kepuasan permainan ini, pemain PC tidak terjejas. Sebenarnya, satu masalah teknikal baru sedang mempengaruhi semua pemain PC, dimana fail simpanan permainan hanya terbatas pada kapasiti 8MB, dan melampaui itu ia akan merosakkan fail.

Had simpan fail ini dilaksanakan untuk mencegah ‘cheat’ pendua dimana ia boleh merosakkan inventori anda dengan cara yang sah. Dengan kata lain, pemain dinasihatkan untuk tidak menyimpan terlalu banyak fail dalam inventori mereka, jika melebihi had kapasiti ia akan merosakkan data secara memaksa.

Tiada maklumat lanjut dari CD Project RED berkaitan perkara ini sama ada ia akan dibaiki pada ‘patch’ akan datang.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!