Sebuah Ancaman Bahaya Diterima Pekerja Syarikat SUP3R5 );

Type to search

E-Com Gaming

Satu Ancaman Bahaya Diterima Pekerja Syarikat Pembuatan PS5

Avatar
Share

Mengejutkan! Pekerja dan kakitangan syarikat SUP3R5 telah menerima ancaman dan ugutan susulan kemunculan PlayStation terbaharu, PS5.

Ancaman yang diterima menyebabkan ada ura-ura mengatakan syarikat berkenaan terpaksa membatalkan semua pesanan pembuatan siri tersebut. Biar betul? 

Kenyataan tersebut dikongsikan di laman twitter yang kemudiannya telah dipadam.

Ciapan itu menyatakan bahawa pasukan SUP3R5 telah menerima ugutan bahaya yang mengancam keselamatan kakitangannya sekiranya mereka tidak membatalkan pesanan tempahan khas ‘black console’. 

ancaman

Model PS5 dikeluarkan oleh syarikat SUP3R5. Syarikat ini tampil dengan pembuatan khas PS5 berwarna hitam seakan PS2 dan tidak berafliasi dengan syarikat Sony untuk mengeluarkan siri tersebut.

Walau bagaimanapun, sebanyak 300+ unit pesanan dilaporkan telah habis dijual dalam tempoh masa yang singkat meskipun harga ditawarkan agak berbeza bagi daripada versi cakera dan tiada cakera.

Syarikat tersebut memandang serius berkaitan kejadian tersebut dan mereka tidak akan meneruskan pembuatan PS5 custom black. Segala pesanan model khas itu berkemungkinan dibatalkan dan wang akan dikembalikan.

[Sumber: Eurogamer]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!