AOC Diiktiraf Sebuah Gaming Monitor No. 1 Di Seluruh Dunia Pada Tahun 2020 );

Type to search

E-Com Gajet Review

AOC Diiktiraf Gaming Monitor No.1 Dunia Bagi Tahun 2020

Avatar
Share

Sekali lagi pakar monitor permainan, AOC dinobatkan sebagai peneraju bahagian pasaran global dalam monitor permainan oleh pihak IDC baru-baru ini.

Pencapaian mereka tersebut dinilai melalui pelbagai aspek antaranya, kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam reka bentuk, inovasi, estetika serta keperluan prestasi yang dituntut oleh alur permainan generasi kini.

Apa yang paling menarik ialah, mereka perlu bersaing dengan pelbagai pakar monitor permainan yang lain dan ianya sangat sengit dan mencabar.

AOC

Tetapi pihak AOC berjaya membuktikan mereka mampu berada di atas dengan mengembangkan serta memantau model mereka mengikut aspek dan keperluan setiap peringkat pemain.

Mereka juga menerajui pek permainan dalam pelbagai jenis tahap seperti kemasukan, sederhana malah tahap tertinggi sekalipun. Mereka juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Porsche Design untuk mencipta Monitor PD27.

Monitor tersebut boleh dikatakan sangat sempurna dari segi bentuk dan fungsinya. Manakala bagi monitor Agon “Pink Power” AG273FXR direka untuk memupuk pemerkasaan dalam kalangan pemain.

Monitor keluaran AOC

Menurut Pengurus Besar MMD Sinagpura, Kevin Wu, dia sangat berbangga dengan pencapaian tersebut dan bagi meraikan kejayaan AOC, syarikat mereka akan melancarkan acara esport ‘AOC Master Tournament‘ yang sangat popular di Asia pada tahun 2020.

Kejayaan ini sememangnya membantu mereka untuk bergerak lebih maju ke hadapan dan memenuhi kehendak industri.

Baca juga: 3 cara untuk kenali bisnes konsep MLM

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!